Sign In

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS ON CORONAVIRUS

(updated 5 February 2020)

 

1.      What are coronaviruses?

Coronaviruses are a large family of viruses that are known to cause illness ranging from the common cold to more severe diseases such as pneumonia and Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

 

2.      What is novel coronavirus and how does it spread?

A novel coronavirus (nCoV) is a new strain of coronavirus that has not been previously identified in humans. The virus probably originated from an animal source, but recent evidence has shown that there is human to human transmission. This virus is transmitted through coughing or contact with respiratory secretions.

 

3.     What is the latest statistics and situation regarding the Coronavirus?

According to the latest statistics and situation, twenty thousand four hundred and seventy one (20,471) people have been confirmed to be infected by nCoV in China and four hundred and twenty-five (425) deaths were reported on February 4, 2020. Meanwhile, twenty-three (23) countries outside China have reported the confirm cases of 2019 nCoV. So far two deaths have been reported in country outside China.

 

Thankfully, so far, no cases have been reported in our country.


4.     What are the symptoms of the novel coronavirus?

The most common symptom is fever. Other symptoms also include cough, sore throat and shortness of breath. In more severe infection, it can result in severe chest infection leading to acute respiratory distress or even death, particularly in the elderly and those with chronic medical problems.

 

5.      How long do symptoms take to present?

It may take up to 14 days before you develop any symptom.

 

6.      What is the treatment of the novel coronavirus? Is there any vaccine?

There is no specific treatment. Treatment is based on the symptoms of the patient and some may recover without treatment. There is currently no vaccine to prevent novel coronavirus infection.

 

7.      How can I protect myself?

Practice simple hygiene by covering your mouth and nose with a tissue paper when you cough or sneeze; throw away the tissue paper immediately and wash your hands thoroughly and regularly. Avoid close contact, when possible, with anyone showing symptoms of respiratory illness such as coughing and sneezing. Wearing a surgical mask may also reduce the spread of the virus.

 

8.      Is it safe to travel to Wuhan, China or other countries where novel coronavirus have occurred?

Brunei Darussalam strongly advises the public to avoid any travel to Hubei province at this time. Any non-essential travel to mainland China (where ongoing transmission is occurring) should also be avoided for the time being. Otherwise, there is no travel restriction to other countries.

 

9.      On 30 January 2020, Brunei Darussalam implemented temporary entry restriction into the country to anyone who have been to Hubei province in the 14 days before arriving in Brunei. Who does this restriction apply to?

This restriction applies to any nationals of any country who have been in Hubei province within 14 days before arriving in Brunei. It also applies to anyone holding PRC passport issued in Hubei. This restriction does not apply to citizens and permanent residents of Brunei Darussalam.

 

10.      What if I went to mainland China in the last 14 days but did not go to Hubei province?

You will be allowed to enter Brunei Darussalam, but you will be required to undergo self-isolation for 14 days on arrival in Brunei.

 

11.  What do I do when I arrive in Brunei?

On arrival in Brunei, you must to go the Port Health counter and inform the staff that you have just arrived from mainland China. You will be given a form to fill in and a self-isolation information sheet to help you during your isolation period. Call 2380316 (office hours only) if you have any enquiries.

 

12.  What do I do if I'm currently in mainland China and I want to go to Brunei but I'm having symptoms?

You are advised to delay your departure to Brunei until you are well. Get clearance from your doctor before departing for Brunei. If you are a citizen or permanent resident of Brunei Darussalam, contact Brunei Embassy in Beijing for further advice.

 

13.  What do I do if I come back from mainland China and develop symptoms?

If you fall ill on arrival in Brunei and has a travel history from China within the past 14 days, wear a surgical mask and seek medical care immediately. Inform healthcare workers at registration and your doctor of your travel history. If the doctor allows you to go home, continue taking your medication as advised by the doctor and stay at home. Avoid contact with others as long as you are still showing symptoms.

 

 

...................................................................................................................................................... 

 

 

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI CORONAVIRUS

(dikemaskini 5 Februari 2020)

 

 

1.      Apa dia Coronavirus?

Coronavirus adalah sekumpulan virus yang boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit seperti batuk selsema biasa dan penyakit-penyakit yang lebih teruk seperti radang paru-paru dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

 

2.      Apa dia novel coronavirus and bagaimana ia merebak?

Novel coronavirus (nCoV) bererti coronavirus yang baru pernah ditemui terjadi kepada manusia. Ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan jangkitan ini sekarang boleh merebak dari manusia ke manusia. Virus ini boleh melalui cecair pernafasan semasa batuk atau melalui sentuhan dengan cecair pernafasan.

 

3.     Apakah statistik dan keadaan terkini mengenai wabak Coronavirus?

Dari segi statistik dan keadaan terkini, seramai dua puluh ribu empat ratus tujuh puluh satu (20,471) orang telah disahkan dijangkiti oleh nCoV di China dan sebanyak empat ratus dua puluh lima (425) kematian dilaporkan pada 4hb Febuari 2020. Manakala, dua puluh tiga (23) buah negara lain telah melaporkan terdapatnya kes 2019 nCoV yang disahkan. Setakat ini dua kematian dilaporkan di negara-negara yang lain.

 

Alhamdulillah, setakat ini jua, tidak ada kes yang dilaporkan di negara kita.


4.    Apakah tanda-tanda novel coronavirus?

Tanda yang paling lazim ditemui adalah demam panas (suhu badan yang tinggi). Tanda-tanda yang lain termasuk batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas. Jangkitan yang teruk akan mengakibatkan radang paru-paru yang teruk yang boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk atau malahan kematian, terutamanya di kalangan warga emas dan penghidap penyakit kronik.

 

5.      Berapa lamakah sebelum tanda-tanda jangkitan muncul?

Tanda-tanda jangkitan boleh muncul dalam masa 14 hari selepas awda dijangkiti virus.

 

6.      Apakah rawatan novel coronavirus? Adakah terdapat vaksin yang boleh mencegahnya pada masa ini?

Tiada rawatan khusus bagi novel coronavirus. Rawatan adalah hanya untuk meredakan tanda-tanda jangkitan sahaja dan ada pesakit yang mungkin boleh sembuh tanpa rawatan. Pada masa ini, tidak ada vaksin yang boleh mencegah jangkitan novel coronavirus.

 

7.      Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya?

Amalkan kebersihan diri dengan menutup mulut dan hidung dengan kertas tisu semasa batuk dan bersin; buang kertas tisu dengan segera dan sentiasa mencuci tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun. Seboleh-bolehnya, jauhkan diri daripada sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti batuk dan bersin. Memakai penutup mulut juga boleh mengurangkan penyebaran virus ini.

  

8.      Adakah selamat untuk pergi ke Wuhan, China atau negara lain yang terjejas dengan novel coronavirus?

Brunei Darussalam menasihatkan orang ramai agar tidak membuat perjalanan ke wilayah Hubei pada masa ini. Sebarang perjalanan yang tidak penting ke mainland China (di mana penularan jangkitan sedang berlaku) hendaklah dielakkan. Dalam pada itu, perjalanan ke negara-negara yang lain adalah tidak ditegah.

 

9.      Pada 30 Januari 2020, Negara Brunei Darussalam telah mengeluarkan tegahan kemasukan sementara ke negara ini terhadap sesiapa yang telah pergi ke wilayah Hubei dalam masa 14 hari sebelum tiba di Negara Brunei Darussalam. Kepada siapakan tegahan ini dikenakan?

Tegahan ini adalah dikenakan kepada rakyat dari mana-mana negara yang telah pergi ke wilayah Hubei dalam masa 14 hari sebelum tiba di Negara Brunei Darussalam. Ia juga dikenakan kepada sesiapa yang memegang pasport China yang dikeluarkan di Hubei. Tegahan ini tidak dikenakan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

 

10.      Bagaimana kalau saya telah pergi ke mainland China dalam masa 14 hari kebelakangan tetapi tidak pergi ke wilayah Hubei?

Awda akan dibenarkan masuk ke Negara Brunei Darussalam, tetapi awda akan dikehendaki untuk menjalani pengasingan diri (self-isolation) selama 14 hari apabila tiba di Brunei.

 

11.  Apa yang perlu saya lakukan apabila tiba di Brunei?

Apabila tiba di Brunei, awda hendaklah pergi ke kaunter Kesihatan Pelabuhan dan maklumkan kakitangan yang bertugas yang awda baru tiba dari mainland China. Awda akan diberikan boring untuk diisikan dan maklumat pengasingan diri untuk membantu awda semasa tempoh pengasingan awda. Telefon 2380316 (waktu pejabat sahaja) bagi sebarang pertanyaan.

 

12.  Apa yang perlu saya lakukan jika saya sekarang berada di mainland China dan saya hendak pergi ke Brunei tetapi saya ada tanda-tanda jangkitan?

Awda dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan awda ke Negara Brunei Darussalam sehingga awda sembuh. Dapatkan pengesahan dari doktor awda sebelum awda bertolak ke Brunei. Jika awda adalah seorang rakyat atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam, hubungi Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Beijing untuk mendapatkan nasihat lanjut.

 

13.  Apa yang perlu saya buat jika saya baru balik dari China dan mengalami tanda jangkitan?

Jika awda jatuh sakit semasa tiba di Brunei dan awda mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam masa 14 hari sebelum itu, pakai penutup mulut dan segera berjumpa dengan doktor. Maklumkan pekerja kesihatan di meja pendaftaran dan doktor yang merawat awda mengenai sejarah perjalanan awda. Jika doktor membenarkan awda pulang ke rumah, teruskan memakan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor dan jangan tinggalkan rumah. Jauhkan diri dari orang lain selagi awda masih mempunyai tanda-tanda jangkitan.

 



Download the FAQ here


1410611-200.png