Sign In

PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bunuh diri adalah satu isu kesihatan awam yang mempunyai pelbagai kesan iaitu merangkumi kesan sosial, emosi dan hasil ekonomi. 1 daripada 5 orang mungkin mengalami masalah kesihatan mental dalam hidup mereka. Faktor-faktor yang membawa seseorang individu untuk membunuh diri biasanya berlaku disebabkan oleh berbilang faktor dan adalah kompleks; ini termasuk masalah kesihatan mental seperti kemurungan, ketagihan seperti penyalahgunaan dadah, dan masalah sosioekonomi seperti masalah hutang, kewangan dan hubungan.


Pencegahan bunuh diri yang berkesan memerlukan penglibatan daripada pelbagai sektor kerajaan dan bukan kerajaan, serta penglibatan masyarakat. Kesedaran dan kefahaman awam tentang bunuh diri memainkan peranan penting dalam pencegahannya, dan boleh menggalakkan mereka yang berisiko untuk percubaan bunuh diri untuk mendapatkan pertolongan. Adalah dinasihatkan agar mana-mana individu yang mengalami pemikiran untuk mencuba bunuh diri untuk mendapatkan bantuan segera dan rawatan awal. Bersuaralah kepada rakan atau ahli keluarga yang dipercayai dan dapatkan bantuan profesional daripada doktor atau ahli psikologi.


Kementerian Kesihatan ada menyediakan klinik-klinik psikologi secara 'walk-in' semasa waktu pejabat yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan "Terapi Bercakap". Perkhidmatan in boleh didapati di: 

Klinik Psikologi 'Walk-in'No. TelefonWaktu Operasi
Bahagian Psikologi Klinikal  Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Tingkat 2, Hostel Jururawat Lama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

2240162

(Pejabat)

 

7212697

(Bimbit)

 

Isnin – Khamis & Sabtu

 

7:45 pagi – 12:15 tgh & 1:30 petang – 4:30 petang

 

Tutup pada Hari-Hari Kelepasan Awam

Bahagian Psikologi Kemasyarakatan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Blok 2G, Tingkat 4, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan (bekas Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan)

8699614

(Bimbit)


community.psychology@moh.gov.bn

(E-mel)

 

Dalam kes-kes kecemasan di mana seseorang individu berisiko tinggi untuk membunuh diri, dan di luar waktu pejabat, maka individu tersebut dinasihatkan untuk pergi ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital terdekat untuk dinilai dan dirawat. Doktor kesihatan mental secara 'on-call' boleh didapati 24 jam sehari untuk menilai pesakit-pesakit di Jabatan Kemalangan & Kecemasan apabila diperlukan.


Dalam kes-kes bukan kecemasan, orang ramai juga boleh mendapatkan bantuan profesional kesihatan dari mana-mana pusat kesihatan terdekat. Para doktor akan dapat membuat penilaian dan memberikan pesakit-pesakit rawatan yang bersesuaian. Di samping itu, para pesakit juga boleh dirujuk kepada pakar kesihatan mental atau pakar psikiatri. Rujukan untuk berjumpa pakar kesihatan mental akan dikendalikan ditempat-tempat berikut secara temujanji (appointment):
 

Klinik Pakar Kesihatan MentalNo. TelefonWaktu Operasi

Perkhidmatan Psikiatri,

Simpang 253-79, Kampong Kiarong, Bandar Seri Begawan

 

2454644

(klinik dewasa) 

2425090

(klinik kanak-kanak)

Isnin – Khamis & Sabtu

 

7:45 pagi – 12:15 tgh & 1:30 petang – 4:30 petang

 

Tutup pada Hari-Hari Kelepasan Awam

Perkhidmatan Psikiatri,

 Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampong Sungai Asam, Mukim Lumapas

2454644

(klinik dewasa) 

untuk pertanyaan

Klinik bulanan secara temujanji

Perkhidmatan Psikiatri,

Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong, Kilometer 16, Jalan Tutong, Kampong Sengkurong

2454644

(klinik dewasa) 

untuk pertanyaan

Klinik bulanan secara temujanji

Perkhidmatan Psikiatri,

Pusat Kesihatan Berakas, Jalan 10 Selatan,Rancangan Perumahan Lambak Kanan

2454644

(klinik dewasa) 

untuk pertanyaan

Klinik bulanan secara temujanji

Perkhidmatan Psikiatri,

 Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji

Al-Muhtadee Billah,Tutong

4261105

 

Isnin – Khamis & Sabtu

 

7:45 pagi – 12:15 tgh & 1:30 petang – 4:30 petang

 

Tutup pada Hari-Hari Kelepasan Awam

Perkhidmatan Psikiatri,

 Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

3335331 ext 3249

 

Isnin – Khamis & Sabtu

 

7:45 pagi – 12:15 tgh & 1:30 petang – 4:30 petang

 

Tutup pada Hari-Hari Kelepasan Awam

Perkhidmatan Psikiatri,

Pusat Kesihatan Sungai Liang,

Sungai Liang, KC 1135

3335331 ext 3249

(klinik dewasa) 

untuk pertanyaan

Klinik bulanan secara temujanji

Perkhidmatan Psikiatri,

Pusat Kesihatan Seria,

Jalan Lorong 1 Barat, Seria 1133

3335331 ext 3249

(klinik dewasa) 

untuk pertanyaan

Klinik dua kali sebulan secara temujanji

Perkhidmatan Psikiatri,

Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong

5221526 ext 202

Isnin – Khamis & Sabtu

 

7:45 pagi – 12:15 tgh & 1:30 petang – 4:30 petang

 

Tutup pada Hari-Hari Kelepasan Awam

 

Kementerian Kesihatan juga ingin menekankan akan kepentingan memberi sokongan kepada individu yang berisiko untuk membunuh diri dan melayan individu tersebut dengan hormat. Menawarkan bantuan kepada ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja; seperti mendengar akan kebimbangan mereka, bertanya apa yang boleh awda lakukan untuk membantu, atau menawarkan untuk menemani mereka berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi boleh membuat banyak perbezaan. Ini juga termasuk menghubungi pihak ambulans atau polis untuk bantuan jika seseorang itu berisiko untuk membunuh diri.





------------------------------------------------------------------------------------





Suicide is a major public health issue with wide-ranging consequences encompassing social, emotional and economic outcomes. 1 in 5 people is likely to experience a mental health problem in their lifetime. The factors that lead an individual to suicide are usually multiple and complex; these include mental disorders such as depression, addiction problems such as drug abuse, and socio-economic problems such as debt, financial and relationship difficulties.

Effective suicide prevention requires participation from multiple government and non-government sectors, and from the community as a whole. Public awareness and understanding about suicide play significant roles in suicide prevention, and may encourage those at risk of suicide to seek help. Seek treatment early; it is strongly advised for individuals to seek immediate help if they are experiencing thoughts of suicide. Speak to a friend or family member that you trust and seek professional help from a doctor or a psychologist. 


The Ministry of Health offers walk-in psychology clinics during office hours that provide counselling and "Talk Therapy". These are available at: 

Walk-in Psychology ClinicsContact NumberOperating Hours
Clinical Psychology Division, Department of Medical Services, 2nd Floor, Old Nursing Hostel, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital

2240162

(Office)

 

7212697

(Mobile)

 

Monday – Thursday & Saturday

 

7:45am – 12:15pm & 1:30pm – 4:30pm

 

Closed on Public Holidays


Community Psychology Division, Department of Health Services, Blok 2G, Level 4, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan

8699614

(Mobile)


community.psychology@moh.gov.bn

(Email)

 

In emergency cases whereby one is seriously at risk of suicide, and if it is out of office hours, individuals  are advised to attend the Accident & Emergency Department of the nearest hospital to be assessed and treated. On-call mental health doctors are available 24 hours a day to assess patients in Accident & Emergency when needed.

In non-emergency cases, members of the public can also seek assistance from  health professionals at any of the health centres . Doctors will be able to make an assessment and provide patients with suitable treatment. Additionally, the patient  may also be referred to a mental health specialist or psychiatrist. Referrals to see a mental health specialist will be seen at the following sites by appointment: 

Mental Health Specialist ClinicsContact NumberOperating Hours

Psychiatry Services,

Simpang 253-79, Kampong Kiarong, Bandar Seri Begawan

 

2454644

(adult clinic) 

2425090

(child clinic)

Monday – Thursday & Saturday

 

7:45am – 12:15pm & 1:30pm – 4:30pm

 

Closed on Public Holidays

Psychiatry Services,

 Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah Health Centre

Kampong Sungai Asam, Mukim Lumapas

2454644

(adult clinic) 

for enquiries

Monthly clinic by appointment

Psychiatry Services,

Jubli Perak Sengkurong Health Centre, Kilometer 16, Jalan Tutong, Kampong Sengkurong

2454644

(adult clinic) 

for enquiries

Monthly clinic by appointment

Psychiatry Services,

Berakas Health Centre,Jalan 10 Selatan,Rancangan Perumahan Lambak Kanan

2454644

(adult clinic) 

for enquiries

Monthly clinic by appointment

Psychiatry Services,

 Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji

Al-Muhtadee Billah Hospital,Tutong

4261105

 

Monday – Thursday & Saturday

 

7:45am – 12:15pm & 1:30pm – 4:30pm

 

Closed on Public Holidays

Psychiatry Services,

 Suri Seri Begawan Hospital, Kuala Belait

3335331 ext 3249

 

Monday – Thursday & Saturday

 

7:45am – 12:15pm & 1:30pm – 4:30pm

 

Closed on Public Holidays

Psychiatry Services,

 Sungai Liang Health Centre,

Sungai Liang, KC 1135

3335331 ext 3249

(adult clinic)

 for enquiries

Monthly clinic by appointment

Psychiatry Services,

Seria Health Centre

Jalan Lorong 1 Barat, Seria 1133

3335331 ext 3249

(adult clinic)

 for enquiries

Twice monthly clinic by appointment

 

Psychiatry Services,

Pengiran Isteri Hajjah Mariam Hospital, Temburong

5221526 ext 202

Monday – Thursday & Saturday

 

7:45am – 12:15pm & 1:30pm – 4:30pm

 

Closed on Public Holidays

 

The Ministry of Health would also like to emphasize the importance of providing support to individuals who are at risk of suicide and to treat him or her with respect. Offering help to a family member, friend or colleague, such as listening to their concerns, asking the person what you can do to help or offering to accompany them to see a doctor or psychologist can make a lot of difference. This may also include calling up an ambulance or the police for assistance if the person is at serious risk of suicide.