 |
 |
|
Program Kawalan Tembakau |
|
Apa Yang Awda Perlu Ketahui? |
|
|
Apakah Perintah Tembakau?
Perintah Tembakau yang diwartakan, adalah
peruntukan undang-undang yang mengandungi: |
- Larangan ke atas iklan-iklan yang berkenaan
dengan merokok
- Mengawal penggunaan bahan-bahan tembakau.
- Mengawal penjualan, promosi, pembungkusan
dan label bahan-bahan tembakau.
- Larangan merokok di tempat-tempat dan
kenderaam-kenderaan tertentu.
|
Apakah dia produk tembakau?
Produk tembakau merupakan sebatangan rokok, curut,
atau apa jua bentuk tembakau termaksuk sebarang
larutanyang mengandungi tembakau
|
Mengapa Perintah ini penting?
Perintah ini penting untuk melindungi rakyat dan
penduduk Negara Brunei Darussalam daripada
kesan-kesan negatif tembakau. Ini termaksuklah
mencegah kanak-kanak dan remaja daripada merokok,
membantu berhenti merokok dan melindungi mereka yang
tidak merokok dar kesan-kesan asap rokok. |
- Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa 1/3
dari penduduk di dunia yang berumur 15 tahun ke
atas, menghisap rokok.
- Di seluruh dunia, terdapat lebih dari 1.25
billion perokok.
- Tembakau membunuh hampir 4 juta orang setiap
tahun - separuh dari kematian ini terjadi di
kalangan mereka yang pertengahan umur dan masih
produktif.
- Tembakau menyebabkan lebih 6% dari punca
kematian di seluruh dunia.
- Perokok-perokok pasif mempunyai 24% lebih
berisiko menghidap kanser paru-paru dan 30%
lebih berisiko menghidap penyakit jantung.
Di Negara Brunei Darussalam
Penyebab utama kematian yang berhubunbgkait dengan
merokok adalah penyakit-penyakit jantung, kanser,
strok dan penyakit gangguan saluran pernafasan dan
ampus.
Banci Penduduk 2001, menunjukkan bahawa: |
- 17.5% jumlah penduduk yang berumur 15 tahun
ke atas adalah perokok.
- Terdapat lebih daripada 40,000 orang perokok
di Negara Brunei Darussalam, dimana kumpulan
terbesar perokok berumur 20-34 tahun.
- Kira-kira 50% perokok lelaki dan 30% perokok
wanita berada didalam lingkungan umur 20-34
tahun.
|
|
Adakah peruntukan undang-undang bagi melindungi
mereka yang berumur 18 tahun ke bawah? |
- Peniaga tidak dibenarkan menjual/memberi/membekal
produk tembakau kepada mereka yang berumur 18
tahun ke bawah.
- Peniaga perlu mempamerkan notis-notis yang
sesuai dan mencukupi di dalam premis-premis
dengan menyatakan undang-undang melarang
penjualan produk tembakau kepada mereka yang
berumur 18 tahun ke bawah
|
Adakah denda jika mereka yang berumur 18 tahun ke
bawah didapati merokok?
Jika mereka didapati merokok atau mengunyah
bahan-bahantembakau di tempat-tempat awam, atau
membeli atau didapati memilikinya, bagi kegunaanya
sendiri atau tidak, apa jua produk tembakau, adalah
didapati bersalah dan boleh didenda tidak didenda
tidak melebihi $500. Jika mereka didapati bersalah
lagi dengan kesalahan yang sama, maka mereka akan
didenda tidak melebihi $1000
|
|
Di manakah tempat-tempat yang dilarang merokok? |
- Semua bangunan yang digunakan untuk
tujuan-tujuan komersial, industri atau rekreasi.
- Tempat yang orang ramai biasanya berada
seperti beratur membuat bayaran (2 orang atau
lebih) distesen bas, mesin ATM dan sebagainya.
- Premis perumahan atau bangunan awam.
- Kenderaan awam seperti bas, teksi dan
sebagainya.
|
|
Apakah pengurus/pengendali boleh lakukan apabila
seseorang itu merokok di tempat-tempat/kenderaan
yang dilarang? |
- Adalah menjadi tanggungjawab bagi pengurus/pengendali
untuk mempamerkan notis yang sesuai dan
mencukupi di dalam premis/tempat mereka dengan
menyatakan bahawa menurut undang-undang, merokok
adalah dilarang.
- Pengurus/pengendali boleh meyatakan kepada
perokok supaya tidak merokok dan jika dia tidak
mematuhi arahan, mereka boleh menyuruhnya
meninggalkan tempat itu dengan serta merta. Jika
dia tidak mahu meninggalkan tempat itu, pengurus/pengendali
boleh mendapatkan bantuan daripada Pegawai Polis
atau Pegawai berkuatkuasa yang dilantik di bawah
Perintah ini.
Seseorang yang merokok di tempat atau kenderaan
yang tertentu adalah didapati bersalah dan akan
dikenakan denda tidak melebihi $1,000.
|
|
Apakah tindakan undang-undang jika seseorang itu
cuba melawan secara percakapan/fizikal ke atas
pengurus/pengendali? |
Sesiapa yang menghalang, mengancam, mencederakan
atau mengganggu pengurus/pengendali yang sedang
menjalankan tugasnya, akan didapati bersalah dan
boleh dikenalkan denda tidak melebihi $1,000 atau
dipenjara selama tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-duanya sekali.
|
Adakah iklan-iklan yang berkaitan dengan merokok
ditegah?
Perintah ini melarang iklan-iklan yang berkiatan
dengan merokok termaksuk: |
- Mencetak atau menerbitkan, mempamerkan dan
mengedarkan apa jua produk tembakau
- Menjual sebarang majalah, surat khabar,
wayang atau pita video dan apa jua mengandungi
iklan produk tembakau.
|
|
Apakah yang perlu diketahui oleh pengimpot? |
- Semua bahan tembakau yang diimpot ke negara
ini perlu mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.
- Mereka mestilah mempastikan bahawa semua
bahan-bahan tembakau mempunyai tanda, label atau
amaran-amaran kesihatan dan maklumat mengenai
isi kandungan rokok.
|
|
Apakah yang perlu diketahui oleh peniaga? |
- Semua bahan-bahan tembakau yang dijual di
negara ini perlu mempunyai lesen yang
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Kesihatan.
- Mempamerkan notis-notis yang bersesuaian dan
mencukupi di dalam premis dengan menyatakan
bahawa undang-undang melarang penjualan produk
tembakau kepada mereka yang berumur 18 tahun ke
bawah.
- Menjual rokok dalam paket yang mengandungi
20 batang rokok sahaja (bilangan rokok yang di
benarkan)
|
|
Apakah perkara yang dilarang ke atas peniaga? |
- Menjual bahan-bahan tembakau (rokok) kepada
mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
- Menjual bahan-bahan tembakau melalui
mesin-mesin layan sendiri.
- Menjual produk tembakau tiruan.
- Memberi produk tembakau sebagai hadiah
bersama dengan hadiah-hadiah lain.
- Mengedar sampel-sampel percuma produk
tembakau kepada orna g ramai.
- Menawarkan atau menjadi penaja produk
tembakau sebagai hadiah dalam apa jua permainan,
pertandingan atau cabutan tiket.
|
|
|
|
|
|
|
|
[
back ] |