Search this site

 

ADULTERATED TRADITIONAL MEDICINES  

English 

The Ministry of Health, Brunei Darussalam wishes to inform the public that the following traditional medicines have been recalled by the Drug Control Authority in neighbouring country.

  1. Jinglida was found to contain Aminotadalafil;
  2. Bodybeaus was found to contain Sibutramine;
  3. Eng Leong Cordyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm was found to contain Diphenhydramine; and
  4. Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea was found to contain Paracetemol.
     

Aminotadalafil, the undeclared western drug ingredient in the product is used in the treatment of erectile dysfunction, ‘male impotency’ and the drug can interact with other medicines resulting in serious adverse effects such as the lowering of blood pressure if used together with some anti-hypertensive drugs.

Sibutramine can cause severe adverse reactions including symptoms of psychosis, hallucinations, confusion, anxiety, increase in blood pressure and heart rate. It is used as an appetite suppressant in the management of obesity and should only be used under proper medical supervision.

Unsupervised ingestion of
Diphenhydramine may lead to dizziness, lowering of blood pressure, confusion, incoordination and drowsiness.

Paracetemol is used for pain and fever and long term consumption may cause rashes, lowered blood pressure and blood disorder and in overdosage, it may lead to liver and kidney damage.

The Pharmacy Enforcement Section, Department of Pharmaceutical Services has encountered sale of two of the above listed products, which are Jinglida and Bodybeaus. The importers have been instructed to recall the affected products from the market.

Following this report, all the said products are not allowed to be imported and sold in the country. Consumers who have the affected products are advised to stop taking or using them immediately and to discard them. If they experience any adverse reactions or feel unwell, they should consult their doctors immediately.

Members of the public involve in the retailing of the products are hereby reminded that if it is an offence under the Poison Act 1956 to sell any product containing any substance controlled under the Poisons Act where the penalty for such an offence, upon conviction is a fine of $8,000.00 or imprisonment of 6 months.

-END-

Date: 30 July 2009 / 8 Syaaban 1430H

 

 


PENARIKAN BALIK UBAT-UBATAN TRADISI

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa ubat-ubatan tradisional berikut telah ditarik balik oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan di negara jiran.

  1. Jinglida mengandungi Aminotadalafil;
  2. Bodybeaus mengandungi Sibutramine;
  3. Eng Leong Cordyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm mengandungi Diphenhydramine; dan
  4. Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea mengandungi Paracetemol.
     

Aminotadalafil, sejenis bahan ubat dari barat yang tidak diisytiharkan adalah untuk merawat ‘erectile dysfunction’ (masalah mati pucuk di kalangan laki-laki). Ubat ini berinteraksi dengan ubat-ubatan yang lain dan menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti menurunkan tekanan darah, jika digunakan bersama dengan ubat mencegah tekanan darah tinggi.

Sibutramine, boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk termasuk tanda-tanda seperti psikosis, halusinasi, kegelisahan, meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung. Ubat ini hanya boleh digunakan dalam pengawasan pegawai perubatan.

Penggunaan
Diphenhydramine yang tidak diawasi boleh membawa kepada kesan penurunan tekanan darah, rasa pening, mengantuk dan gerakan koordinasi tidak teratur.

Paracetemol digunakan untuk melegakan sakit dan demam panas yang mana penggunaan berpanjangan boleh menyebabkan ruam, tekanan darah menurun dan penyakit darah. Penggunaan yang berlebihan boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang dan hati.

Unit Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Farmasi telah menemui penjualan dua daripada empat produk-produk yang tersenarai di atas iaitu Jinglida dan Bodybeaus. Pengimpot-pengimpot telah diarahkan untuk menarik balik produk-produk tersebut.

Berikutan laporan ini, produk-produk ini tidak dibenarkan untuk di impot dan dijual di Negara ini. Pengguna-pengguna adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakan produk-produk tersebut dan memusnahkannya. Sekiranya pengguna mengalami sebarang kesan reaksi atau merasa kurang sihat, adalah dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk berkenaan bahawa di bawah Akta Racun 1985 adalah satu kesalahan untuk mengimpot, menjual atau menawarkan untuk dijual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta Racun dan jika seseorang itu didapati bersalah, denda sebanyak $8,000.00 atau penjara selama 6 bulan akan dikenakan.

-END-

Tarikh: 8 Syaaban 1430H / 30 Julai 2009
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.