Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI 63 - PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA A (H1N1) BAGI WARGA PERKHIDMATAN AWAM
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan telah membuat lawatan ke Pusat Suntikan, Stadium Tertutup, Berakas hari ini, bagi melihat dengan lebih dekat lagi operasi suntikan vaksin Influenza A (H1N1) kepada warga perkhidmatan awam serta orang ramai. Lawatan berkenaan juga bertujuan bagi memastikan segala kemudahan di pusat-pusat suntikan mempunyai kelengkapan yang cukup dan teratur.

Pusat yang baru dibuka ini adalah sebagai tambahan kepada pusat-pusat suntikan lain yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Pusat ini diharapkan dapat memberikan suntikan kepada 1000 orang warga perkhidmatan awam, disamping memberikan suntikan kepada orang ramai juga. Bagi makluman orang ramai, vaksin ini diperolehi dari sumber telur ayam. Orang ramai juga tidak perlu risau mengenai kesan sampingan selepas menerima suntikan tesebut dan mereka adalah dialu-alukan untuk datang bagi mendapatkan suntikan tersebut.

Suntikan vaksin Influenza A (H1N1) ini adalah sebagai langkah mengelakkan dari dijangkiti penyakit tersebut, disamping orang ramai terus mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.

Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 7180991 di luar waktu bekerja.


-TAMAT-



Tarikh: 30 January 2009 bersamaan 14 Safar 1431

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.