Kementerian Kesihatan
sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai
bahawa program suntikan vaksin Influenza A H1N1
adalah kini dibukakan semula kepada orang ramai
pada 6 Mac 2010
Penilaian keatas semua kumpulan vaksin Influenza
A H1N1 yang dibekalkan ke Negara Brunei
Darussalam telah pun dijalankan. Dengan ini
adalah dimaklumkan bahawa semua vaksin Influenza
A H1N1 yang dibekalkan adalah memenuhi piawaian
kualiti bagi keselamatan. Syarikat pembuat
vaksin berkenaan juga telah memberikan jaminan
kualiti vaksin Influenza A H1N1 yang dibekalnya
ke Negara Brunei Darussalam.
Vaksin Influenza A H1N1 yang digunakan di Negara
Brunei Darussalam masih terus digunakan di 19
negara-negara lain. Agensi regulatori
ubat-ubatan di luar negeri juga mengesahkan
mengenai keselamatan vaksin Influenza A H1N1
yang mana sehingga kini, sebanyak tujuh puluh
lima (75) juta dos vaksin Influenza A H1N1 yang
sama telah digunakan di seluroh dunia dengan
selamat. Di Negara Brunei Darussalam sendiri
sejak program suntikan dimulakan, sebanyak
40,000 dos vaksin Influenza A H1N1 telahpun
diberikan kepada rakyat dan penduduk negara ini
dengan selamat.
Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk
mendapatkan suntikan vaksin Influenza A H1N1 di
pusat-pusat suntikan yang telah ditetapkan pada
waktu-waktu pejabat, iaitu:
Daerah Brunei Muara
-
Pusat vaksinasi
Stadium Tertutup, Berakas (juga dibuka pada
hari kelepasan awam)
-
Pusat vaksinasi -
Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan, Jalan
Ong Sum Ping
-
Pusat Kesihatan
Berakas “A”, Kg Anggerek Desa
-
Pusat Kesihatan Jubli
Perak, Sengkurong
-
Hospital RIPAS
Daerah Belait
Daerah Tutong
Daerah Temburong
-TAMAT-
Tarikh: 20 Rabiulawal 1431 / 6 Mac 2010
|