Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan orang ramai bahawa Program Suntikan Vaksin Influenza A (H1N1) masih lagi diteruskan dan mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin Influenza A (H1N1) bagi mengawal jangkitan Influenza A (H1N1).
Vaksin Influenza A (H1N1) adalah percuma bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, dan ianya boleh didapatkan di tempat-tempat berikut pada hari-hari dan waktu bekerja:
|
DAERAH BRUNEI MUARA |
- Pusat Suntikan Kompleks Sukan Tertutup, Berakas
- Klinik Kesihatan Berakas ‘A’
- Pusat Vaksinasi, Ong Sum Ping
- Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong
|
|
DAERAH TUTONG |
- Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
|
|
DAERAH BELAIT |
- Hospital Suri Seri Begawan
- Pusat Kesihatan Sungai Liang
|
|
DAERAH TEMBURONG |
- Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam
|
Sementara itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kes-kes positif bagi Influenza A (H1N1) masih lagi dikesan di negara ini. Sejak Januari 2010 sehingga 13 Jun 2010 sejumlah 1752 kes telah disahkan. Manakala seramai 72,147 orang pula telahpun mendapatkan suntikan vaksin Influenza A (H1N1) dari Disember 2009 sehingga 12 Jun 2010.
Selain mendapatkan suntikan vaksin Influenza A (H1N1), orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri bagi mengawal jangkitan ini dari terus merebak. Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A (H1N1), orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 7180991 di luar waktu berkerja.
-End-
Tarikh: 14 Jun 2010 bersamaan 1 Rejab 1431
|