Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan orang ramai bahawa operasi Pusat-Pusat Suntikan Vaksinasi Influenza `A' (H1N1) di Kompleks Sukan Tertutup, Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong dan Klinik Kesihatan Berakas `A' akan diberhentikan mulai lhb Julai 2010. Walau bagaimanapun, orang ramai boleh terus mendapatkan suntikan Vaksinasi Influenza `A' (HIN1) di Pusat-Pusat Suntikan yang masih beroperasi di kesemua daerah.
Sementara itu, sehingga 19 Jun 2010, seramai 74,770 orang telah pun mendapatkan suntikan vaksin Influenza `A' (H1N1) di Negara ini.
Selain mendapatkan suntikan vaksin Influenza 'A' (H1NI), orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri bagi mengawal jangkitan ini dari terus merebak. Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza `A' (H1N1), orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 7180991 di luar waktu bekerja.
Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2010, Pusat-Pusat Suntikan Vaksinasi Influenza 'A' (HIN1) yang beroperasi di kesemua daerah pada hari-hari waktu bekerja adalah seperti berikut:
- DAERAH BRUNEI MUARA
Pusat Vaksinasi Ong Sum Ping
- DAERAH TUTONG
Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
- DAERAH BELAIT
- Hospital Suri Seri Begawan
- Pusat Kesihatan Sungai Liang
- DAERAH TEMBURONG
Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam
-End-
Tarikh: 15 Rejab 1431H / 30 Jun 2010
|