Larangan di Tempat-Tempat Tertentu
Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu) (Pindaan), 2012.
- Peraturan yang menyenaraikan tempat-tempat dan kenderaan tertentu di mana merokok/vaping adalah ditegah menurut undang-undang.
- Ini
adalah pindaan dari peraturan asalnya iaitu “Pemberitahuan Tembakau
(Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007".
- Pindaan-pindaan yang dibuat ke atas "Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007 termasuklah;
- Menjadikan kakilima bangunan dan kawasan dalam
lingkungan 6 meter (kira-kira 20 kaki) dari garisan keliling bangunan sebagai
tempat yang dilarang merokok/vaping;
[Perhatian: Jika sesuatu bangunan
itu terletak dalam premis yang disenaraikan sebagai tempat larangan
merokok/vaping, maka larangan merokok adalah meliputi mana-mana kawasan dalam
premis tersebut termasuklah kawasan melebihi atau di luar dari lingkungan 6
meter dari garisan keliling bangunan tersebut. “Premis” bermaksud bangunan (sementara atau kekal) dan mana-mana
tanah bersebelahan yang digunakan berhubung dengannya, dan termasuk sesebuah
kenderaan.
- Senarai tempat-tempat larangan merokok/vaping dalam Jadual Pertama digantikan dengan senarai baru.
Pindaan ini mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2012 dan
masih berkuatkuasa hingga sekarang.
Pemberitahuan Tembakau (Pindaan), 2012 Muat turun di sini | Senarai Tempat dan Kenderaan Larangan Merokok dan Vaping Muat turun di sini |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peraturan sebelum pindaan ialah;
Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007.
Tarikh dikuatkuasakan: 1 Jun 2008 hingga 28 Feb 2012
Pemberitahuan Tembakau 2007 Muat turun di sini |