Jumaat, 28 Safar 1447H / 22 Ogos 2025M – Kementerian Kesihatan menganjurkan Kejohanan Badminton Piala Menteri Kesihatan 2025 bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis pembukaan kejohanan ini telah berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku Tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr. Hjh Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.
Objektif kejohanan ini ialah:
- Untuk menyahut dan menyokong visi Kementerian Kesihatan ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat’.
- Bagi menggalakkan Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan.
- Untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan (Team Work) di kalangan Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
- Untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya supaya berminat dan melibatkan diri di dalam sukan badminton.
- Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
- Untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi bagi mewakili Kementerian Kesihatan menyertai Kejohanan Badminton Pesta Sukan Kementerian-Kementerian, Sukan Muhibbah Borneo dan Perlawanan Persahabatan di dalam atau luar negeri.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan sesi pengenalan bersama pasukan-pasukan yang bertanding. Sebanyak 15 pasukan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan serta bahagian di bawah Kementerian Kesihatan dari keempat-empat daerah, serta 1 pasukan daripada JPMC telah menyertai pertandingan badminton ini.
Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Rudy bin Haji Harun, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Ketua-Ketua Jabatan; beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.
– T A M A T –
Tarikh: 28 Safar 1447H / 22 Ogos 2025M
Rujukan: KK/PR/3/1