Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

November 4, 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat di Kementerian Kesihatan bagi tahun 2025 bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Majlis ini menandakan berakhirnya sesi pengenalan rasmi yang bertujuan memperkukuh kefahaman pegawai baharu terhadap hala tuju strategik dan budaya kerja Kementerian.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Bahagian Keugamaan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan ucapan penutup rasmi kursus disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis yang turut menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus.

 

Kursus ini dikendalikan oleh Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan yang dijalankan selama lima (5) hari bermula 27 Oktober hingga 1 November 2025 di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Seramai 44 orang pegawai telah menyertai kursus induksi ini yang terdiri daripada:

  • Bidang kedoktoran – 10 orang
  • Bidang Allied Health Professionals – 19 orang
  • Bidang Non-Health – 15 orang

 

Objektif kursus induksi ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai dasar-dasar dan falsafah negara, visi dan misi Kementerian Kesihatan, peraturan-peraturan kerja dalam perkhidmatan awam, serta kemudahan-kemudahan yang disediakan. Di samping itu, kursus induksi ini juga diharap akan dapat mewujudkan kerjasama sepasukan (teamwork) di kalangan pegawai-pegawai; menerapkan unsur-unsur nilai Islam dalam perubatan dan kesihatan serta memperkenalkan budaya dan etika kerja yang positif.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Yang Mulia Pg Dr Haji Md Khalifah bin Pg Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan; Ketua-Ketua Jabatan beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

Kementerian Kesihatan akan terus komited dalam memperkukuh pembangunan sumber manusia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan berkesan.

– T A M A T –

 

Tarikh: 11 Jamadilawal 1447H / 01 November 2025M

Rujukan: KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan...

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search