Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

April 25, 2026

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM) bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, bagi menandakan berakhirnya kempen seluruh negara yang telah berlangsung selama lima bulan, bermula 28 September 2025 hingga 15 Februari 2026.

Hadir slekau Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Muhd Khaironisa bin Haji Zainin, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan. Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan bahawa Kejohanan BN on the Move 2025 telah berjaya menarik penyertaan serta sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai sektor, mencerminkan komitmen negara yang semakin meningkat ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Ucapan tersebut juga menekankan bahawa kejohanan ini bukan sahaja tertumpu kepada pengiraan langkah, malah turut menggalakkan pendekatan kesejahteraan yang lebih menyeluruh melalui misi kesihatan harian, semangat berpasukan dan amalan gaya hidup sihat. Orang ramai juga digalakkan untuk terus memanfaatkan dan menggunakan aplikasi BruHealth sebagai platform yang menyokong amalan hidup sihat secara berterusan, sambil menantikan penganjuran Kejohanan BN on the Move pada masa akan datang.

Majlis diteruskan dengan menyaksikan tayangan video sorotan yang memaparkan detik-detik utama serta pencapaian sepanjang kejohanan berlangsung.

Dilancarkan pada September 2025, Kejohanan BN on the Move 2025 merupakan kesinambungan kepada inisiatif-inisiatif kebangsaan terdahulu yang bertujuan menggalakkan kehidupan aktif dan penjagaan kesihatan secara pencegahan. Kempen ini mencatatkan penyertaan seramai 23,090 peserta di seluruh negara yang secara kolektif berjaya mencapai 7,745,808,632 langkah sepanjang tempoh lima bulan. Melalui cabaran pengiraan langkah, penyertaan berpasukan dan misi bulanan, kejohanan ini berjaya memupuk amalan gaya hidup yang lebih sihat merentasi pelbagai sektor di Negara Brunei Darussalam.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan anugerah bagi mengiktiraf peserta cemerlang dalam pelbagai kategori. Antaranya termasuk Anugerah Best of the Best, yang diberikan kepada sektor dengan purata langkah tertinggi dalam kategori Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Swasta; Anugerah Most Active Team – Silver bagi pasukan dengan purata langkah tertinggi; dan Anugerah Most Engaged Team – Gold bagi pasukan dengan jumlah ahli tertinggi. Selain itu, Pingat BNOTM turut disampaikan kepada peserta dalam kategori Public Community Team dan Public Individual sebagai pengiktirafan atas komitmen dan penyertaan konsisten sepanjang kejohanan.

Majlis turut diteruskan dengan Cabutan Bertuah Bulanan Ke-5 (Month 5 Grand Lucky Draw) yang menyaksikan pengumuman 10 pemenang utama. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan jamuan ringan bagi para jemputan.

Kementerian Kesihatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi dan penaja atas sokongan dalam menjayakan Kejohanan BN on the Move 2025. Sumbangan mereka, termasuk penajaan hadiah dan sokongan terhadap pelbagai aktiviti kempen, telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan penglibatan dan penyertaan orang ramai.

Kejohanan BN on the Move merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Kesihatan untuk memperkukuh penjagaan kesihatan secara pencegahan dan menangani penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui galakan aktiviti fizikal secara berkala dalam kalangan penduduk. Kementerian Kesihatan kekal komited untuk meneruskan inisiatif seumpama ini bagi menyokong keutamaan negara dan Wawasan Brunei 2035.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Pg Mohammad Khiruddin bin Pg Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan, serta jemputan daripada Sektor Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sektor Swasta, Public Community Team dan Public Individual, termasuk para pemenang cabutan bertuah kejohanan.

– T A M A T –

Rujukan:        KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Kementerian Kesihatan dan Dst Managed Services Sdn Bhd (DMS) Menandatangani Perjanjian Penyediaan Tenaga Kerja Bagi Health, Safety And Environment (HSE) Unit Di Bawah Kementerian Kesihatan

Rabu, 23 Zulhijjah 1447H / 09 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan dan DST Managed Services Sdn Bhd (DMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi...

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X