Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Simposium Renal 2026

Simposium Renal 2026

May 5, 2026

Ahad, 15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Renal 2026 sempena program Hari Buah Pinggang Sedunia yang berlangsung di Mulia Hotel, Kg Anggerek Desa. Simposium berkenaan Adalah bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran, pendidikan profesional dan kerjasama strategik dalam penjagaan kesihatan buah pinggang di Negara Brunei Darussalam.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 membawa tema antarabangsa “Kidney Health For All – Caring for People, Protecting the Planet”, yang menekankan kepentingan akses saksama kepada penjagaan kesihatan buah pinggang, pengesanan awal penyakit serta amalan penjagaan kesihatan yang mampan. Penyakit Buah Pinggang Kronik (Chronic Kidney Disease, CKD) kekal sebagai cabaran kesihatan utama, didorong oleh peningkatan factor Risiko seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan obesity. Penyakit ini sering tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal, menyebabkan ramai pesakit hanya dikesan pada tahap lanjut apabila pilihan rawatan menjadi lebih terhad.

 

Sebagai usaha memperkukuhkan respons negara terhadap cabaran ini, Simposium Renal 2026 akan menjadi platform utama yang menghimpunkan pegawai dan profesional kesihatan dari pelbagai disiplin untuk membincangkan perkembangan terkini dalam bidang nefrologi, pengurusan penyakit buah pinggang kronik, strategi intervensi awal serta pengukuhan penjagaan primer dalam pengesanan dan pengurusan pesakit.

 

Simposium tersebut bertemakan “Strengthening Kidney Care through Primary Health Care” dan akan memberi fokus kepada kepentingan pendekatan penjagaan kesihatan primer sebagai barisan hadapan dalam pengesanan awal, pemantauan serta pengurusan penyakit buah pinggang secara bersepadu.

 

Melalui sesi pembentangan ilmiah, perkongsian kepakaran, perbincangan klinikal dan sesi interaktif, simposium ini akan menyediakan ruang untuk pertukaran ilmu dan amalan terbaik antara profesional kesihatan ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan renal di negara ini.

 

Selain Simposium Renal 2026, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 turut merangkumi beberapa aktiviti sokongan termasuk:

  • Majlis Tahlil dan Tazkirah yang akan diadakan di pusat-pusat dialisis sebagai pengisian kerohanian untuk pesakit, ahli keluarga dan petugas kesihatan;
  • Kempen Kesedaran Awam melalui media massa dan platform digital, termasuk penyebaran maklumat kesihatan melalui televisyen, radio dan aplikasi BruHealth;
  • Aktiviti promosi kesihatan komuniti seperti ceramah awam, pameran kesihatan dan program saringan kesihatan terpilih; serta
  • Sesi penerangan mengenai pemindahan buah pinggang, bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai pilihan rawatan untuk pesakit buah pinggang tahap akhir serta kepentingan kesedaran pendermaan organ.

 

Penganjuran program ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang;
  • Menggalakkan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang;
  • Memperkukuhkan keupayaan profesional kesihatan dalam pengurusan klinikal; dan
  • Menyokong pembangunan sistem penjagaan renal yang mampan dan berkesan.

 

Simposium ini dihadiri seramai 105 orang terdiri daripada Pengamal Perubatan Am (GP) terutamanya Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi dari sektor kerajaan dan swasta. Kementerian Kesihatan berharap agar penganjuran Simposium Renal 2026 dan keseluruhan program Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 akan dapat memperkukuhkan komitmen bersama dalam usaha mencegah penyakit buah pinggang serta meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai diseru untuk mengamalkan gaya hidup sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mendapatkan nasihat perubatan awal bagi mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.

 

Turut hadir pada symposium tersebut ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pg Hj Mohammad Khiruddin bin Pg Hj Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai serta kakitangan Kementerian Kesihatan.

– TAMAT –

 

Tarikh:           15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026

Rujukan:        KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Simposium Renal 2026

Ahad, 15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Renal 2026 sempena program Hari Buah...

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA)...

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM)...

Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Bi’thah Haji Perubatan Dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1447H / 2026M

Rabu, 26 Syawal 1447H / 15 April 2026 – Bagi sama-sama meraikan rombongan Bi’thah Perubatan Haji dan warga Kementerian Kesihatan yang bakal menunaikan fardu...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 Di Beijing, Republik Rakyat China

Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 (The 2026 ZGC Forum Annual Conference)...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search