Selasa, 5 Rabiulawal 1448H / 18 Ogos 2026 – Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia merupakan aktiviti tahunan yang disambut pada setiap bulan Ogos bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penyusuan susu ibu serta isu-isu berkaitan dengannya.
Pada tahun ini, tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu adalah “Penyusuan Susu Ibu Demi Permulaan Kehidupan Yang Mampan: Memperkukuh Amalan Yang Berkesan” (“Breastfeeding for a Sustainable Start in Life: Strengthen What Works”). Tema ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan berterusan demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
Antara objektif sambutan tersebut adalah untuk:
- Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyusuan susu ibu.
- Menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga enam bulan.
- Memperkukuhkan sokongan keluarga, tempat kerja dan komuniti terhadap amalan penyusuan susu ibu.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan kesihatan dalam pengurusan penyusuan susu ibu.
- Meningkatkan pengetahuan serta keyakinan para ibu dalam pengurusan penyusuan susu ibu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Yuria Abyana binti Haji Ahmad, Isteri Pemangku Pegawai Daerah Belait.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Haji Md Ali Omar, Ketua Guru Ugama. Acara diteruskan dengan ceramah sempena Program Penyusuan Susu Ibu, yang disampaikan oleh dua (2) penceramah jemputan iaitu, Yang Mulia Dr. Faezah Binti Dato Haji Mohd Amin, Pegawai Perubatan daripada Pusat Promosi Kesihatan dan Yang Mulia Puan Nabilah Binti Haji Taif , Kaunselor Laktasi, Milking at Ease.
Aktiviti lain seperti mini pameran, kuiz kesihatan serta kaunter konsultasi laktasi serta domenstrasi mengenai teknik dan posisi penyusuan susu ibu yang betul. Mini Pameran tersebut diadakan di Lobi Blok Perempuan dan Kanak-kanak, Aras Bawah, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Orang ramai dialu-alukan hadir bagi memeriahkan aktiviti-aktiviti ini yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dayang Hajah Jamaiyah bte Haji Abd Hamid, isteri Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman, serta pada pegawai dan kakitangan Hospital Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.


-TAMAT-
Tarikh: 5 Rabiulawal 1448H / 18 Ogos 2026
Rujukan: KK/PR/3/1