Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

August 24, 2026

Isnin, 11 Rabiulawal 1448H bersamaan 24 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Hajah Siti Hasrainah binti Haji Mohd Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I, Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

 

Bertemakan “Penyusuan Susu Ibu Demi Permulaan Kehidupan yang Mampan: Memperkukuh Amalan yang Berkesan” (Breastfeeding for a Start in Life: Strengthen What Works), majlis tersebut bertujuan untuk memperkasakan para ibu dan pasangan mereka melalui pemberian maklumat serta sokongan berterusan dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Siti Halimah binti Md Tahir, Pegawai Jururawat Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital PMMPMHAMB, selaku Pengerusi Majlis Sambutan.

 

Antara pengisian utama majlis termasuk sesi perkongsian pengalaman oleh penceramah jemputan, Yang Mulia Dayang Joeliza binti Haji Justin, mengenai pengalamannya menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Majlis turut diserikan dengan tayangan video khas mengenai kepentingan sokongan terhadap penyusuan susu ibu.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

 

-TAMAT-

 

Tarikh:           11 Rabiulawal 1448H / 24 Ogos 2026

Rujukan:         KK/PR/3/1

Other News Highlights

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Isnin, 11 Rabiulawal 1448H bersamaan 24 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Selasa, 5 Rabiulawal 1448H / 18 Ogos 2026 – Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia merupakan aktiviti tahunan yang disambut pada setiap bulan Ogos bagi...

Ministry of Health Advances Controlled Proof-of-Concept for Healthcare AI Initiative

EVYD Technology supports the Ministry of Health in the development and evaluation of an AI use case for healthcare Wednesday, 06 Rabiulawal 1448H /...

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun

Selasa, 13 Safar 1448H / 28 Julai 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun hari ini mengadakan Majlis...

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

Sabtu, 18 Muharram 1448H / 4 Julai 2026 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X