Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

August 29, 2026

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada hari ini bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Kesihatan bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang merupakan utusan terakhir Allah SWT dan pembawa rahmat kepada seluruh alam. Ia memberi peluang kepada warga Kementerian ini untuk mengenang kembali sirah kehidupan Baginda, akhlak mulia serta perjuangannya dalam menyebarkan agama Islam. Selain itu, sambutan ini juga menjadi wadah untuk memperkuatkan kecintaan terhadap Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta menanamkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Baginda dalam kehidupan seharian. Aktiviti seperti ceramah agama dan zikir selawat, akan turut menyemarakkan semangat perpaduan dan keimanan dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Metassim, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.  Majlis diteruskan dengan penyampaian Ceramah Mauludir Rasul yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Penolong Profesor, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang bertajuk “Contohi Akhlak Rasullah Dalam Menanai Perintah Allah”. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan tausyeh beramai-ramai dikepalai oleh Ahbab Al-Hadi, Kumpulan Tausyeh Belia, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan yang juga dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Metassim.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

 

– T A M A T –

 

 

Tarikh:           16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X