Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

September 1, 2026

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada 1 September 2026 oleh Kementerian Pembangunan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan ingin selanjutnya memberi nasihat kepada orang ramai mengenai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan diri dan keluarga.

 

Pendedahan kepada jerebu boleh menyebabkan kesan kesihatan ringan seperti batuk, iritasi mata dan hidung berair dan boleh memburukkan masalah kesihatan sedia ada, khususnya penyakit asma (ampus), paru-paru dan jantung.

 

 Sehubungan itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

  • Menjaga kebersihan diri serta mencuci muka dan tangan selepas melakukan aktiviti di luar;
  • Memastikan pengambilan air yang mencukupi;
  • Menghadkan aktiviti di luar rumah;
  • Menggunakan sungkup muka apabila perlu. Jika keadaan jerebu semakin teruk dan awda perlu berada di luar, gunakan sungkup muka yang bersesuaian dan pastikan ia dipakai dengan betul;
  • Penggunaan penapis udara yang dilengkapi HEPA filter boleh membantu mengurangkan kadar pencemaran udara di dalam kawasan tertutup;
  • Mengambil ubat-ubatan secara teratur mengikut nasihat doktor bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik; dan
  • Mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera sekiranya mengalami gejala seperti selesema atau batuk yang berpanjangan, alahan, sesak nafas atau kesukaran bernafas.

 

 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai keadaan dan bacaan kualiti udara melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, di Instagram @jastre.bn dan laman sesawang www.env.gov.bn.

 

Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi semasa serta memberikan maklumat terkini kepada orang ramai apabila diperlukan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau mengikuti Instagram @mohbrunei.

 

– TAMAT –

Tarikh:             19 Rabiulawal 1448H / 1 September 2026M

Rujukan:          KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Brunei Darussalam National One Health Joint Plan of Action (NOHJPA) Workshop

Wednesday, 13 Rabiulawal 1448H / 26 August 2026 – The Ministry of Health, through the Brunei Centre for Disease Control and Prevention (Brunei CDC)...

RIPAS Hospital Marks Milestone With First Robotic-Assisted Knee Replacement Surgery

Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital has achieved a significant milestone in the advancement of Orthopaedic services with the successful completion of its...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Isnin, 11 Rabiulawal 1448H bersamaan 24 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X