Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Hajah Siti Hasrainah binti Haji Mohd Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I, Hospital PMMPMHAMB, Tutong.
Bertemakan “Pengalaman Hidup di Dengar: Suara Sebenar, Perubahan Nyata, majlis tersebut bertujuan untuk mendengar pengalaman hidup dan mengubah perubahan yang nyata dalam bidang kesihatan mental.
Majlis dimulakan dengan Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Ustaz Pg Haji Radiman bin Pg Haji Tengah.
Antara pengisian utama majlis termasuk Ceramah Khas yang disampaikan oleh Puan Nor Syahmun binti Haji Matassan, Psikologi Klinikal, Ketua Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

-TAMAT-
Tarikh: 6 Jamadilawal 1448H / 17 Oktober 2026
Rujukan: KK/PR/3/1