Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

October 24, 2026

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pasifik Barat Kali Ke-77 yang berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober 2026 di Manila, Republik Filipina.

 

Mesyuarat pada kali ke-77 ini telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Zheng Zhe, Timbalan Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dan telah menghimpunkan Menteri-Menteri Kesihatan dan para perwakilan dari 38 negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) Rantau Pasifik Barat untuk meneliti kemajuan pelaksanaan program Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), membincangkan cabaran kesihatan serantau serta mempertimbangkan dasar dan inisiatif bagi memperkukuh sistem kesihatan di rantau Pasifik Barat dengan berpandukan visi serantau “Weaving Health for Families, Communities and Societies in the Western Pacific Region”.

 

Antara agenda utama mesyuarat berkenaan adalah termasuk meneliti laporan Pengarah Serantau Pejabat Rantau Pasifik Barat, peruntukan program dan pelaksanaan projek-projek, pemantauan perkembangan isu-isu kesihatan serta projek-projek mengikut keutamaan dan penyelarasan kerja-kerja yang dijalankan di rantau ini. Di samping itu, mesyuarat turut membincangkan pelbagai isu teknikal  termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab dalam perkhidmatan kesihatan; usaha mempertingkat pengesanan, rawatan dan kawalan hipertensi; kemajuan program imunisasi termasuk perlindungan sepanjang hayat; serta langkah memperkukuh kawalan tembakau, khususnya dalam menangani penggunaan produk nikotin baharu.

 

Semasa sesi pembahasan laporan Pengarah Serantau Pejabat Rantau Pasifik Barat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, mengalu-alukan kemajuan usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memperkukuh sistem kesihatan serantau yang lebih berdaya tahan dan mampan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut  menekankan kepentingan menangani cabaran kesihatan semasa, termasuk bencana alam, perubahan cuaca ekstrem, obesiti, kesihatan mental, penyakit tidak berjangkit dan ancaman penyakit berjangkit.

 

Dalam hubungan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan  turut mengongsikan usaha Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuh perancangan dan tadbir urus kesihatan melalui pembangunan Pelan Tindakan Bersama Kebangsaan One Health, Pelan Tindakan Multisektoral Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dan Kesihatan Mental (BruMAP-NCDMH), dan Pelan Strategik Makmal Kebangsaan yang pertama. Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya  menegaskan kepentingan sokongan teknikal WHO, kerjasama serantau dan tindakan bersepadu merentas sektor bagi memperkukuh kesiapsiagaan, pencegahan penyakit serta meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di rantau ini.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah menyertai Sesi Meja Bulat Peringkat Menteri mengenai potensi kerjasama serantau dalam penyediaan  stok simpanan bekalan kesihatan penting dan mekanisme perolehan bersama (Regional Health Essential Stockpile and Pooled Procurement Mechanism). Dalam sesi tersebut, Negara Brunei Darussalam menyatakan sokongan terhadap usaha meneroka kerjasama serantau bagi memperkukuh akses kepada ubat-ubatan dan produk kesihatan penting melalui mekanisme perolehan bersama dan simpanan stok serantau, khususnya semasa  menghadapi gangguan rantaian bekalan global dan kecemasan kesihatan awam.

 

Semasa perbincangan mengenai rawatan dan kawalan hipertensi, Negara Brunei Darussalam telah menegaskan komitmen untuk memperkukuh usaha pengawalan hipertensi melalui pengesanan awal, penjagaan kesihatan asasi  dan pengurusan pesakit yang lebih berkesan dengan penggunaan data kesihatan dan teknologi digital, pengukuhan pemantauan serta tindakan susulan pesakit, di samping mempergiat langkah pencegahan melalui Strategi Kebangsaan Pengurangan Garam 2023–2030.

 

Satu mesyuarat Informal Working Group on Executive Board Seats Allocation juga telah diadakan dan dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam bagi meneruskan perbincangan dalam kalangan negara-negara ahli mengenai kaedah pengagihan lima (5) kerusi Lembaga Eksekutif WHO yang diperuntukkan kepada Rantau Pasifik Barat, termasuk dalam mempertimbangkan pendekatan yang lebih saksama, telus dan teratur bagi perwakilan negara-negara ahli di Lembaga Eksekutif WHO.

 

Di luar mesyuarat utama, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan calon-calon bagi jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pertemuan tersebut bertujuan mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai latar belakang, visi, hala tuju serta perancangan strategik setiap calon dalam menerajui WHO pada masa hadapan.

 

Penyertaan Negara Brunei Darussalam mencerminkan komitmen berterusan negara untuk menyumbang kepada kerjasama kesihatan serantau, memperkukuh sistem kesihatan yang berdaya tahan dan mampan serta meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

–    T    A    M    A    T    –

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X