Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

January 21, 2025

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan  SATU produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan  Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk  tersebut dicemari dengan bahan terlarang/ bahan racun berjadual yang tersenarai didalam Akta  Racun 1956 yang tidak diisytiharkan.

Produk kosmetik tercemar yang berkenaan adalah seperti berikut: 

No.  Nama Produk  Pengilang  Dicemari dengan
1. BABY SHINE 3 IN 1 – 

TREATMENT NIGHT CREAM

BUATAN MALAYSIA  HYDROQUINONE

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat  yang membahayakan kesihatan. 

Hydroquinone adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi  bagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik  penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007.  

Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit,  hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh  meningkatkan risiko kanser kulit.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk  penjualan produk tersebut dan/atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk  Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk  berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan  merasa tidak sihat selepas menggunakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa  doktor dengan segera.  

Penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan  sebagainya) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007  dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5000, penjara tidak melebihi dua tahun  atau kedua-duanya sekali. 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan  kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih  dipasarkan di negara ini. 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians  dan Perlesenan melalui:

  • Hubungi: 2393301 (sambungan 208) atau Talian Darussalam 123
  • E-mail: pharmacy.enforcement@moh.gov.bn 
  • Alamat: Tingkat 1, Bahagian Komplians dan Perlesenan,
    Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg. Madaras,
    Mukim Gadong A

-TAMAT

Reference : KK/PR/1
Date : 18 January 2024M / 18 Rejab 1446H

 

 

Other News Highlights

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan...

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search