Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

March 11, 2025

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan DUA produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang/ bahan racun berjadual yang tersenarai didalam Akta Racun 1956 yang tidak diisytiharkan.

 

Produk kosmetik tercemar yang berkenaan adalah seperti berikut:

 

No.

Nama Produk

Pengilang

Dicemari dengan

1

Perfect Formula by Brilliant Skin Essentials Extra Strength Filter-Free Exfoliating Facial Set – Facial Toner

Philippines

Hydroquinone

2

Perfect Formula by Brilliant Skin Essentials Extra Strength Filter-Free Exfoliating Facial Set – Facial Cream

Philippines

Hydroquinone

 

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibat kan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Hydroquinoneadalah bahanyang digunakan dalamubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulitdan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetikpenjagaan kulitdi bawah Peraturan Ubat(ProdukKosmetik), 2007.

 

Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk penjualan produk tersebut dan/atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas menggunakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT

Rujukan         : KK/PR/1

Tarikh            : 10 March 2025M / 09 Ramadhan 1446H

 

 

Other News Highlights

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

Selasa, 24 Zulkaedah 1447H / 12 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Tahlil dan doa khusus...

Situasi Terkini Mengenai Jangkitan Hantavirus Di Negara Brunei Darussalam

Jumaat, 20 Zulkaedah 1447H / 08 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi jangkitan Hantavirus. Pada 2 Mei 2026,...

Makluman Mengenai Penyebaran Maklumat Tidak Benar Yang Mengaitkan Kementerian Kesihatan

Rabu, 18 Zulkaedah 1447H / 06 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai satu mesej dan hantaran tular di media...

Simposium Renal 2026

Ahad, 15 Zulkaedah 1447H / 03 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal telah menganjurkan Simposium Renal 2026 sempena program Hari Buah...

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA)...

Majlis Penutup Kejohanan BNOTM 2025

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 / 23 April 2026 – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kejohanan BN on the Move 2025 (BNOTM)...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search