Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel Ke-37 (37th Commonwealth Health Ministers Meeting, CHMM37) 17 Mei 2025 Di Geneva, Switzerland

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel Ke-37 (37th Commonwealth Health Ministers Meeting, CHMM37) 17 Mei 2025 Di Geneva, Switzerland

May 19, 2025

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohamad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel ke-37 (37th Commonwealth Health Ministers Meeting, CHMM37), pada 17 Mei 2025 di Geneva, Switzerland. Turut menghadiri Mesyuarat tersebut ialah Puan Yang Terutama, Dk Mazlizah binti Pg Hj Mahalee, Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kesihatan.

 

Mesyuarat ini telah menghimpunkan Menteri-Menteri Kesihatan, perwakilan dan pegawai kanan dari negara-negara Komanwel untuk membincangkan kerjasama dalam pembiayaan untuk kesihatan yang lebih inovatif dan mampan. Perbincangan menumpukan kepada pengukuhan sistem kesihatan dan memastikan akses yang adil dan saksama kepada perkhidmatan kesihatan di kalangan negara anggota, sesuai dengan tema Mesyuarat tahun ini iaitu “Melabur dalam Kesihatan: Pembiayaan Mampan untuk Komanwel yang Saksama (Investing in Health: Sustainable Financing for an Equitable Commonwealth).

 

Pembiayaan mampan dalam sektor kesihatan amat penting untuk membina sistem yang berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi jangka panjang. Pelaburan dalam penjagaan kesihatan tidak seharusnya dilihat sebagai perbelanjaan semata-mata, tetapi sebagai asas kritikal kepada kemajuan negara. Seterusnya, isu kewangan yang tidak mencukupi mendatangkan risiko untuk menjejaskan kemajuan-kemajuan pencapaian Liputan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage, UHC) dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) berkaitan kesihatan. Untuk mengatasi cabaran ini, model pembiayaan dan pendekatan inovatif diperlukan melalui pendekatan yang lebih bersepadu kepada pengukuhan sistem kesihatan berasaskan penjagaan kesihatan asasi dan kesihatan awam.

 

Antara cabaran utama yang dibincangkan termasuk penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Diseases, NCD) kesihatan mental, ketahanan terhadap perubahan iklim dan inisiatif penyesuaian merentas sistem kesihatan, pelaburan dalam pencegahan untuk menyokong penuaan yang sihat dan pemanfaatan teknologi digital bagi peningkatan ekuiti.

 

Antara lain, mesyuarat iniberhasrat menghasilkan komitmen bersama Komanwel antaranya mengenai pembiayaan kesihatan yang mampan yang saksama, pengukuhan tindakan global terhadap NCD dan kesihatan mental, membimbing pelaburan yang membina dan mengukuhkan kapasiti sistem kesihatan sebagai sebahagian daripada pakej asas perkhidmatan kesihatan, dan, berkongsi kemajuan dalam pelaksanaan tindakan yang dipersetujui di mesyuarat peringkat tinggi seterusnya.

 

Semasa Mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telahpun menyatakan komitmen Kerajaan Negara  Brunei Darussalam terhadap Liputan Kesihatan Sejagat (UHC) melalui sistem kesihatan yang memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang tidak membebankan kewangan rakyat.  Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan ahli Komanwel yang lain, Negara Brunei Darussalam juga menghadapi cabaran termasuk peningkatan kos penjagaan kesihatan, peralihan demografi, peningkatan beban NCD, dan keperluan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan kepakaran. Dalam menghadapinya, Negara Brunei Darussalam terus mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan asasi dan mempraktikkan pendekatan dasar Health-in-All Policies disamping menerokai mekanisme pembiayaan inovatif yang boleh melengkapkan sistem kesihatan awam tanpa menjejaskan kesaksamaan (equity). Selain itu, Kerajaan  terus melabur dalam tenaga kerja kesihatan melalui perancangan  dan penyediaan peluang latihan, serta memanfaatkan teknologi solusi kesihatan digital bagi meningkatkan kecekapan, capaian perkhidmatan dan hasil pesakit (patient outcomes).

 

Mesyuarat diakhiri dengan persetujuan untuk meluluskan Kenyataan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel ke 37 yang menggariskan dasar-dasar utama, cadangan dan  komitmen negara anggota Komanwel.

 

Semasa di Geneva, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga berkesempatan membuat perjumpaan bersama Puan Yang Terutama Shirley Ayorkor Botchwey, Sekretariat Agung Komanwel yang telah di lantik baru-baru ini.

-T A M A T –

 

Tarikh :         20 Zulkaedah 1445H / 18 Mei 2025

Ruj.    :         KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447H Bersamaan 10 Mac 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim...

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertahlil Dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 05 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Hari Khamis, 15 Ramadhan 1447H / 05 Mac 2026M– Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search