Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Kementerian Kesihatan Mengambil Tindakan Terhadap Perkhidmatan Estetik dan Kecantikan Tidak Berlesen

Kementerian Kesihatan Mengambil Tindakan Terhadap Perkhidmatan Estetik dan Kecantikan Tidak Berlesen

February 4, 2025

Sabtu, 02 Syaaban 1446H bersamaan 01 Februari 2025M – Kementerian Kesihatan  dengan bantuan dan kerjasama dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais  Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Negara serta Jabatan Bandaran telah menjalankan  sebuah operasi bersepadu dan berjaya menahan seorang wanita warga asing yang terlibat dalam  menjalankan perkhidmatan estetik dan kecantikan tanpa kebenaran di salah sebuah hotel di  negara ini. Operasi sepadu tersebut dijalankan pada 30hb Januari 2025 berikutan maklumat  yang diterima dari orang ramai, mengenai perkhidmatan estetik dan kecantikan yang diiklankan  melalui pelbagai platform media sosial termasuk TikTok, Facebook dan Instagram. Antara  perkhidmatan yang diiklankan termasuk prosedur Intravenous dripping (IV dripping) untuk  memasukkan cecair, ubat-ubatan dan produk kosmetik ke dalam saluran darah bagi tujuan  rawatan pemutihan kulit dan pelangsingan badan, serta rawatan threadlifting dan filler bagi tujuan  pengubahsuaian badan.

Suspek telah ditahan semasa menjalankan prosedur rawatan IV dripping kepada pelanggannya.  Pihak penguatkuasaan telah mendapati pelbagai bukti termasuk peralatan perubatan seperti  jarum, picagari, kanula intravena dan set IV drip, beberapa ubat-ubatan dan produk kosmetik  yang tidak berdaftar, dan rekod pelanggan-pelanggan yang menerima rawatan.

Kementerian Kesihatan memandang serius terhadap perkhidmatan perubatan estetik dan  kecantikan yang dijalankan tanpa lesen dan kelulusan yang berkelayakan. Amalan sedemikian  jika dilakukan oleh individu yang tidak berkelulusan dan tidak berlesen boleh menimbulkan  risiko yang serius kepada kesihatan dan keselamatan orang awam, kerana boleh menyebabkan  komplikasi kesihatan yang serius, termasuk jangkitan (seperti HIV, hepatitis, dan sepsis), reaksi  alahan, kerosakan organ (buah pinggang, hati, jantung, saraf, paru-paru, dan saluran darah),  kecacatan kekal dan juga boleh membawa kepada kematian. 

Kementerian Kesihatan giat bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap aktiviti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disyaki  bertentangan dengan peraturan dan perundangan perubatan dan kesihatan di negara ini. Ianya adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Pengamal Perubatan dan Doktor Gigi, Penggal 112,  Undang-undang Brunei, bagi mana-mana individu yang tidak mempunyai kelayakan dan  kemahiran sebagai pengamal perubatan yang disyaki menyediakan perkhidmatan penjagaan  kesihatan yang dihadkan pada pengamal perubatan berdaftar di negara ini. Seterusnya, adalah  menjadi kesalahan di bawah Perintah Perubatan, 2007 bagi mana-mana individu yang tidak  mempunyai kebenaran dan lesen yang sah daripada Kementerian Kesihatan untuk mengimport,  menggunakan dan menjual ubat-ubatan terkawal, produk kesihatan dan barangan kosmetik di  negara ini, untuk digunakan bagi tujuan rawatan pelanggan.

Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan sebarang  promosi perkhidmatan estetik dan kecantikan di laman media sosial terutama sekali oleh  individu-individu yang tidak berdaftar dengan pihak autoriti perlesenan atau pengamal yang  berkelayakan. Orang ramai adalah disarankan untuk memahami risiko yang berkaitan dengan  prosedur perubatan estetik dan kecantikan serta mendapatkan nasihat daripada pengamal  perubatan berdaftar sebelum menjalani sebarang prosedur tersebut.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Kesihatan dalam melindungi  kesihatan dan kesejahteraan orang ramai melalui pemantauan dan penguatkuasaan, orang ramai  adalah digalakkan untuk melaporkan sebarang perkhidmatan rawatan estetik dan kecantikan  yang disyaki tidak sah dengan menghubungi Kementerian Kesihatan di +673 2380485, e-mel ke  corp.comms@moh.gov.bn, atau Talian Darussalam 123.

 

 

– TAMAT –

 

Rujukan : KK/PR/1
Tarikh : 01 Februari 2025M / 02 Syaaban 1446H

 

 

 

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X