Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Kenyataan Media Mengenai Pengemaskinian Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan

Kenyataan Media Mengenai Pengemaskinian Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan

July 10, 2025
  1. Berikutan dengan Pengemaskinian Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan yang dimulakan pada 01 Julai 2025, kos rawatan bagi pemegang Kad Pengenalan Ungu (penduduk tetap yang mempunyai warganegara asing) dan bagi pasangan rakyat Negara Brunei Darussalam atau pasangan pemegang Kad Pengenalan Ungu (stateless) yang mempunyai warganegara lain adalah untuk ditanggung sendiri.

 

  1. Walau bagaimanapun, pembayaran kos rawatan adalah dikecualikan bagi pesakit-pesakit berikut:
  • Pesakit yang sedang menerima rawatan di Pantai Jerudong Specialist Centre dan Hospital-Hospital Kerajaan sebelum 01 Julai 2025. Kos rawatan pesakit ini akan ditanggung sehingga mereka selesai membuat rawatan ataupun sehingga di discaj;
  • Pesakit Mental menurut Akta Kesihatan Mental, Penggal 257; dan
  • Pesakit yang menghidap penyakit yang berjangkit menurut Perintah Akta Penyakit Berjangkit (Pindaan), 2020.

 

  1. Bagi kes-kes yang tertentu seperti mereka yang menghadapi kesulitan untuk membuat pembayaran, Kementerian Kesihatan akan merujuk mereka ke Bahagian Pekerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker) untuk penilaian bagi mendapatkan pertimbangan khas. Bagi mereka yang layak, Kementerian Kesihatan akan membantu mengikut kesesuaian sama ada dengan mendapatkan bantuan dari Tabung Amal Bantuan Pesakit, Kementerian Kesihatan; Majlis Ugama Islam Brunei; Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah atau dengan kaedah pembayaran secara ansuran.

 

  1. Untuk makluman orang ramai, sebelum ini Kerajaan menggunakan peruntukan yang tinggi bagi membiayai kos rawatan yang diberikan dan ianya meningkat dari setahun ke setahun. Anggaran jumlah kos rawatan bagi perbelanjaan kewangan tahun 2024/2025 bagi pemegang Kad Pengenalan Ungu (penduduk tetap yang mempunyai warganegara asing) dan bagi pasangan rakyat Negara Brunei Darussalam (yang mempunyai warganegara lain) di fasiliti-fasiliti Kerajaan dan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) hampir mencecah BND 70 Juta secara keseluruhan, yang mana BND28 Juta adalah dari Pantai Jerudong Specialist Centre dan selebihnya adalah dari fasiliti-fasiliti Kerajaan.

 

  1. Pada lazimnya, di negara lain, kos rawatan adalah ditanggung sendiri oleh penduduk tetap dan warga asing dan mereka ini dikehendaki untuk mematuhi sistem pembiayaan kesihatan negara masing-masing. Walhal, rakyat negara tersebut juga perlu menyumbang sendiri kepada kos rawatan mereka. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyarankan bagi mereka yang terkesan dari pengemaskinian dasar caj perkhidmatan ini untuk mengambil insuran perlindungan kesihatan sebagai persediaan bagi melindungi diri dan keluarga masing-masing dari bebanan kewangan dalam mendapatkan akses kepada rawatan perubatan, termasuk kos hospital, ubat-ubatan, dan rawatan pakar.

 

  1. Namun demikian, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memastikan tiada sesiapa pun dinafikan untuk mendapatkan rawatan, terutama bagi kes-kes kecemasan dan memerlukan rawatan segera. Kementerian Kesihatan tetap komited dalam memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada orang ramai mengikut piawaian antarabangsa.

 

– TAMAT –

 

Rujukan    : KK/PR/2

Tarikh       : 14 Muharram 1447H / 10 Julai 2025  

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X