Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sempena Bulan Ramadhan 1446H/2025M

Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sempena Bulan Ramadhan 1446H/2025M

March 11, 2025

Isnin, 09 Ramadhan 1446H bersamaan 10 Mac 2025M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sempena bulan Ramadhan 1446H/2025M bertempat di Surau Nuurul ‘Inayah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Seterusnya, Tedarus Al-Quran (Juzuk 10), Bacaan Tahlil serta Doa Arwah dan juga Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’ie bin Begawan Mudim Haji Metassim, Pegawai Pelajaran, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Penguiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim kepada 21 orang penerima yang terdiri daripada warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Majlis Bertadarus ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam. Ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta menghayati maknanya. Selain meningkatkan amalan ibadah, majlis ini juga berperanan dalam mengukuhkan ukhuwah Islamiah dan mempereratkan hubungan silaturahim antara warga Kementerian Kesihatan dan warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Di samping itu, Bertadarus juga memberikan peluang kepada para peserta untuk mendalami ilmu tajwid, memperbaiki bacaan Al-Quran, serta menanamkan nilai-nilai kesabaran dan kesatuan dalam kalangan kakitangan. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran, ianya juga mencerminkan semangat kebersamaan dalam mengamalkan ajaran Islam sebagai panduan kehidupan seharian

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di hospital berkenaan.

– TAMAT –

Tarikh:            09 Ramadhan 1446H / 10 Mac 2025M

Rujukan:         KK/PR/3/1

 

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X