Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1446H/2025M

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1446H/2025M

March 15, 2025

Rabu, 11 Ramadhan 1446 bersamaan 12 Mac 2025 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 23) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Arwah; Doa’ Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam; sembahyang fardhu Asar berjemaah dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis tersebut diadakan di Surau Dhafwatul Ai’sy, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong.

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

Majlis berkenaan diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 5 orang anak yatim daripada warga kakitangan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam dan Pejabat Kesihatan, Temburong.

Majlis bertadarus ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga Kementerian Kesihatan dengan warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong, tetapi ianya juga untuk memperkukuhkan kesedaran terhadap kepentingan nilai-nilai Islam dalam membentuk peribadi yang lebih berdisiplin, ikhlas, dan bertanggungjawab dalam menjalankan amanah serta tugas-tugas yang dijalankan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

– TAMAT –

Tarikh:           11 Ramadhan 1446 / 12 Mac 2025

Rujukan:         KK/PR/3/1

 

Other News Highlights

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan...

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search