Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

February 28, 2026

Khamis, 08 Ramadhan 1446H bersamaan 26 Februari 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 1-6) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Arwah dan seterusnya penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis tersebut diadakan di Surau As-Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital, Hajah Siti Hasrainah binti Haji Md Hassan selaku Pengerusi Majlis mengiring Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi penyampaian derma kepada 4 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga kakitangan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Majlis bertadarus ini adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di hospital ke empat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Ketua-ketua Jabatan; beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

– T A M A T –

  

Rujukan:         KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026

Rabu, 16 September 2026M / 4 Rabiulakhir 1448H – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 yang...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X