Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Ceramah Dan Bengkel Amalan Pengubatan Islam

Majlis Ceramah Dan Bengkel Amalan Pengubatan Islam

May 12, 2025

Isnin, 14 Zulkaedah 1446H bersamaan 12 Mei 2025M – Majlis Ceramah dan Bengkel Amalan Pengubatan Islam telah diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Majlis ini merupakan anjuran bersama Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan.

 

Hadir pada majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

 

Sesi pada pagi ini merupakan pengenalan kepada kaedah amalan pengubatan Islam, yang akan dikendalikan melalui syarahan dan akan disusuli dengan bengkel pada sebelah petang. Syarahan pagi ini disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Guru Sheikh Dr Haji Jahid bin Haji Sidek, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia dan Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM). Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang rawatan Islam di Seluruh Malaysia dan menjadi tempat rujukan perubatan Islam bagi Majlis Agama Islam Selangor. Turut serta ialah tiga (3) orang Perawat Pakar jemputan daripada PRIM, iaitu Prof Madya Dr Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Universiti Malaysia Penang Al-Sultan Abdullah dan Perawat Pakar PRIM Pahang; Ustaz Abdul Halim bin Ramli, Ketua Biro Perubatan PRIM dan Ustaz Mohd Johari bin Mohd Mohyin, Perawat Pakar PRIM.

 

Sesi syarahan dan bengkel ini merupakan peringkat pertama kursus amalan pengubatan islam. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan, serta Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Ugama Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan.

–T A M A T –

Tarikh:           14 Zulkaedah 1446H / 12 Mei 2025M

Rujukan:         KK/PR/3/1

Other News Highlights

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Ahad, 02 Jamadilakhir 1447H / 23 November 2025 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Amaran Keselamatan Produk: Herba Hw Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak membeli atau mengambil produk herba, HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi susulan...

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search