Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-52 Tahun

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-52 Tahun

February 24, 2026

Rabu, 30 Syaaban 1447H / 18 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang ke-52 tahun. Majlis tersebut telah diadakan di Surau As-Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat.  Majlis kemudiannya diteruskan dengan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-52 tahun, yang telah dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah dan diselajurkan dengan Doa Menyambut Bulan Ramadhan yang dibacakan oleh Ustaz Awangaku Mohammad Hafiz bin Pengiran Haji Rusnan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, SKIPPA Keugamaan.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

– TAMAT –

 

Rujukan:         KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X