Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Bi’thah Haji Perubatan Dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1447H / 2026M

Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Bi’thah Haji Perubatan Dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1447H / 2026M

April 16, 2026

Rabu, 26 Syawal 1447H / 15 April 2026 – Bagi sama-sama meraikan rombongan Bi’thah Perubatan Haji dan warga Kementerian Kesihatan yang bakal menunaikan fardu haji pada tahun ini, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Rombongan Bi’thah Perubatan Haji dan Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan bagi Tahun 1447H / 2026M, bertempat di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis ini bertujuan bagi memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT supaya seluruh ahli rombongan bi’thah haji perubatan dan bakal jemaah haji diberi keselamatan, kesihatan, dan kekuatan sepanjang menjalankan ibadah haji; meraikan dan memberi tanda penghargaan atas amanah yang akan dipikul oleh bi’thah perubatan serta mengiktiraf bakal jemaah atas rezeki menjadi tetamu Allah SWT; serta memohon agar segala tugasan kesihatan dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan, dipermudahkan dan berjalan dengan lancar serta penuh hikmah.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Rombongan Bi’thah Perubatan Haji bagi Musim Haji 1446H / 2025M, Yang Mulia Dr Haji Muhammad Nurhassanudddin bin Abdullah Kelali.

 

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Surat Lantikan kepada Rombongan Bi’thah Haji Perubatan dan sumbangan derma kepada bakal jemaah haji seramai 35 penerima yang terdiri daripada 7 lelaki dan 28 perempuan daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

Setelah itu, majlis diikuti dengan Penyerahan Sijil Perlindungan Skim Takaful Duyufur Rahman dari Insurans Islam General Takaful Sdn Bhd dan Cenderamata Bagasi Khas dari Darussalam Holdings Sdn Bhd bagi Rombongan Pegawai Perubatan Haji Kementerian Kesihatan bagi Tahun 1447H / 2026M. Pada tahun ini, seramai 20 orang Pegawai-Pegawai Perubatan Haji yang mengikuti rombongan, terdiri daripada 6 pegawai perubatan dan 14 pegawai kejururawatan. Seperti lazimnya, sebahagian daripada pegawai-pegawai perubatan haji ini akan bertolak lebih awal dan yang lainnya akan mengiringi jemaah di setiap penerbangan.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Rudy bin Haji Harun, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Yang Mulia Pg Hjh Noraini bte Pg Hj Sablon, Penolong Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd; Dayang Zamzaipa binti Haji Ismail, Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam General Takaful Sdn Bhd; ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

– TAMAT –

 

Tarikh:           26 Syawal 1447H / 15 April 2026

Rujukan:        KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Majlis Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Tahlil Dan Doa Khusus Sempena Sambutan Hari Jururawat Dan Bidan Antarabangsa Tahun 2026

Selasa, 24 Zulkaedah 1447H / 12 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Tahlil dan doa khusus...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X