Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

November 15, 2025

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun.

 

Sehubungan itu, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait melalui anjuran bersama daripada Klinik Sajikal Pesakit Luar (SOPD) dan Unit Podiatri telak mengadakan Majlis Doa’ Selamat Berkhatan dan Majlis Berdikir bagi meraikan seramai 150 orang kanak-kanak lelaki yang akan menjalani prosedur berkhatan sempena cuti persekolahan. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan suntikan semangat kepada peserta berkhatan serta mendoakan kelancaran proses berkhatan. Ianya juga diadakan untuk mengeratkan hubungan baik antara pihak hospital dan ahli keluarga kanak-kanak berkhatan.

 

Tetamu Kehormat Majlis ini ialah Awang Mohamad Alikhan bin Haji Mohd. Yakop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Suri Seri Begawan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Unit Ugama Hospital SSB, Ustaz Awang Ali Omar bin Haji Mohd. Yussof diikuti dengan sesi taklimat mengenai kaedah penjagaan sebelum dan sesudah berkhatan yang disampaikan oleh Awang Haji Mohammad Kamsani bin Haji Abd. Khamis, Jururawat Klinik Sajikal Pesakit Luar (SOPD).

 

Majlis tersebut diserikan dengan Dikir Marhaban, penyampaian bunga telur kepada para peserta dan seterusnya bacaan Doa’ Selamat oleh Ketua Unit Ugama Hospital SSB.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-ketua Bahagian dan Unit, Para Ibu bapa dan penjaga serta pegawai dan kakitangan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

– TAMAT –

 

Tarikh:           22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025

Rujukan:        KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X