Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

June 9, 2025

Isnin, 12 Zulhijjah 1446H / 9 Jun 2025M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Majlis pada petang ini adalah anjuran bersama Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Bahagian Perolehan serta Bahagian Pengurusan Estet dan Perkembangan Projek, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Datin.

 

Pada tahun ini, sebanyak 5 ekor kerbau dikorbankan dan diagih-agihkan kepada 96 orang yang terdiri dari kakitangan Kementerian Kesihatan dalam Bahagian V. Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Yang Mulia Dr Hjh Noraslinah binti Hj Ramlee telah menyempurnakan pengagihan daging-daging korban tersebut.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Yang Mulia Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

-T A M A T –

 

Tarikh             : 12 Zulhijjah 1446H / 9 Jun 2025M

Rujukan           : KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447H Bersamaan 10 Mac 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim...

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertahlil Dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 05 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Hari Khamis, 15 Ramadhan 1447H / 05 Mac 2026M– Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search