Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Malam Gala Dan Penghargaan Sempena 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

Majlis Malam Gala Dan Penghargaan Sempena 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

September 22, 2025

Sabtu, 27 Rabiulawal 1447H / 20 September 2025M – Sebagai salah satu aktiviti utama sempena meraikan 25 tahun desentralisasi perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan akan menganjurkan Majlis Malam Gala dan Penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat di bawah jabatan ini sepanjang tempoh tersebut sehingga kini.

 

Majlis ini juga bertujuan untuk menyampaikan anugerah khas kepada pegawai-pegawai yang telah memberikan sumbangan bakti yang signifikan semasa berkhidmat di bawah jabatan ini, dan kini masih lagi berkhidmat dalam bidang kesihatan tetapi di luar Jabatan Perkhidmatan Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan berserta isteri, Yang Mulia Datin Dr Hajah Noraslinah @ Norsurainah Binti Haji Ramlee.

 

Program majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Pengiran Doktor Hajah Siti Nasibah binti Pengiran Haji Ismail, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, dan diikuti dengan penyampaian anugerah khas dan penghargaan khas kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat sejak desentralisasi pada tahun 2000.

 

Penyampaian penghargaan dan anugerah akan disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, yang mana penerima-penerimanya terdiri daripada pelbagai profesion termasuk doktor, jururawat, profesional kesihatan bersekutu serta kakitangan bantu, sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa bakti mereka dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan asasi di negara ini.

 

Majlis ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di bawah kawalan Jabatan, termasuk dari pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan di seluruh negara, sebagai simbol penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa bakti mereka dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan asasi di negara ini.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

– T A M A T –

 

Tarikh:           27 Rabiulawal 1447H / 20 September 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Sesi Taklimat Kerjaya Penjagaan Kesihatan Kepada Pemimpin Sekolah Dan Guru Kerjaya

Sabtu, 26 Syaaban 1447H / 14 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan sesi taklimat...

Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang bersara pada tahun 2024

Khamis, 24 Syaaban 1447H / 12 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penghargaan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Yang Bersara pada Tahun 2024...

Brunei Darussalam Convenes One Health Workshop To Prioritise Zoonotic Diseases And Strengthen Multisectoral Preparedness

Tuesday, 15 Syaaban 1447H / 5 February 2026 – The Ministry of Health, through the Department of Environmental Health Services is convening the One...

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search