Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Pembukaan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

Majlis Pembukaan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

October 9, 2025

 Rabu, 16 Rabiulakhir 1447H / 08 Oktober 2025M – Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025 telah dirasmikan hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha negara untuk menangani cabaran penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan dan juga selaku Pengerusi Bersama majlis tersebut.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji Muhammad Syafiq bin Abdullah, Pengarah The Brunei Cancer Centre (TBCC) dan juga selaku Pengerusi Bersama Persidangan. Sorotan utama daripada ucapan tersebut adalah komitmen daripada Kementerian Kesihatan, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Gleneagles JPMC dalam menangani penyakit tidak berjangkit serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

 

Persidangan lima hari ini menampilkan lebih 150 orang penceramah, termasuk wakil daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang membincangkan pelbagai topik seperti inovasi kesihatan digital, penuaan sihat, obesiti, kanser, strok, kesihatan mental, dan pemakanan. Melengkapkan persidangan ini ialah pameran kesihatan yang disertai oleh lebih 40 organisasi dan syarikat, menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, pemeriksaan kesihatan percuma, serta aktiviti berkaitan kesejahteraan. Para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah daripada lebih 20 vendor tempatan sepanjang minggu.

 

Sejurus itu, Tetamu Kehormat turut mengunjungi kawasan pameran dan beberapa booth termasuk yang menampilkan inisiatif kesihatan kebangsaan serta program kesejahteraan komuniti. Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan melalui Khidmat Ugama, secara rasmi melancarkan sebuah buku baharu bertajuk “Ustaz… Ustazah… Kan Betanya…”. Majlis pelancaran buku itu diserikan dengan upacara menandatangani bersama Yang Mulia Hajah Rohani binti Haji Abdullah, Pengarah Urusan TAIB dan Tetamu Kehormat, yang menonjolkan kerjasama antara institusi awam dan rakan kongsi swasta. Penerbitan ini mencerminkan komitmen Kementerian dalam mengintegrasikan penjagaan rohani dalam sokongan kepada pesakit, berfungsi sebagai panduan praktikal untuk pesakit buah pinggang, keluarga mereka, dan penyedia penjagaan kesihatan.

 

Penganjuran sulung ini turut mengiktiraf sumbangan bernilai daripada para penaja, rakan kongsi, dan ahli jawatankuasa yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini. Kerjasama erat antara pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong visi Negara Brunei Darussalam ke arah masyarakat yang lebih sihat melalui pencegahan, pendidikan, dan inovasi dalam penjagaan kesihatan.

 

Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD 2025 juga berperanan sebagai peringatan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan, dengan mengamalkan pemakanan sihat, kekal aktif secara fizikal, dan mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Orang awam digalakkan untuk mengunjungi pameran dan menyertai pelbagai aktiviti serta sesi pendidikan sepanjang minggu bagi menyokong usaha berterusan negara dalam memerangi penyakit tidak berjangkit.

 

– T A M A T –

 

Tarikh:           16 Rabiulakhir 1447H / 08 Oktober 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Ahad, 02 Jamadilakhir 1447H / 23 November 2025 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Amaran Keselamatan Produk: Herba Hw Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak membeli atau mengambil produk herba, HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi susulan...

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search