Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Pembukaan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

Majlis Pembukaan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

October 9, 2025

 Rabu, 16 Rabiulakhir 1447H / 08 Oktober 2025M – Pameran dan Persidangan Antarabangsa Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025 telah dirasmikan hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha negara untuk menangani cabaran penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan dan juga selaku Pengerusi Bersama majlis tersebut.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dr Haji Muhammad Syafiq bin Abdullah, Pengarah The Brunei Cancer Centre (TBCC) dan juga selaku Pengerusi Bersama Persidangan. Sorotan utama daripada ucapan tersebut adalah komitmen daripada Kementerian Kesihatan, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Gleneagles JPMC dalam menangani penyakit tidak berjangkit serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

 

Persidangan lima hari ini menampilkan lebih 150 orang penceramah, termasuk wakil daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang membincangkan pelbagai topik seperti inovasi kesihatan digital, penuaan sihat, obesiti, kanser, strok, kesihatan mental, dan pemakanan. Melengkapkan persidangan ini ialah pameran kesihatan yang disertai oleh lebih 40 organisasi dan syarikat, menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, pemeriksaan kesihatan percuma, serta aktiviti berkaitan kesejahteraan. Para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah daripada lebih 20 vendor tempatan sepanjang minggu.

 

Sejurus itu, Tetamu Kehormat turut mengunjungi kawasan pameran dan beberapa booth termasuk yang menampilkan inisiatif kesihatan kebangsaan serta program kesejahteraan komuniti. Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan melalui Khidmat Ugama, secara rasmi melancarkan sebuah buku baharu bertajuk “Ustaz… Ustazah… Kan Betanya…”. Majlis pelancaran buku itu diserikan dengan upacara menandatangani bersama Yang Mulia Hajah Rohani binti Haji Abdullah, Pengarah Urusan TAIB dan Tetamu Kehormat, yang menonjolkan kerjasama antara institusi awam dan rakan kongsi swasta. Penerbitan ini mencerminkan komitmen Kementerian dalam mengintegrasikan penjagaan rohani dalam sokongan kepada pesakit, berfungsi sebagai panduan praktikal untuk pesakit buah pinggang, keluarga mereka, dan penyedia penjagaan kesihatan.

 

Penganjuran sulung ini turut mengiktiraf sumbangan bernilai daripada para penaja, rakan kongsi, dan ahli jawatankuasa yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini. Kerjasama erat antara pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong visi Negara Brunei Darussalam ke arah masyarakat yang lebih sihat melalui pencegahan, pendidikan, dan inovasi dalam penjagaan kesihatan.

 

Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD 2025 juga berperanan sebagai peringatan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan, dengan mengamalkan pemakanan sihat, kekal aktif secara fizikal, dan mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Orang awam digalakkan untuk mengunjungi pameran dan menyertai pelbagai aktiviti serta sesi pendidikan sepanjang minggu bagi menyokong usaha berterusan negara dalam memerangi penyakit tidak berjangkit.

 

– T A M A T –

 

Tarikh:           16 Rabiulakhir 1447H / 08 Oktober 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X