Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dengan BNH Medical Centre Ltd. of Thailand

Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dengan BNH Medical Centre Ltd. of Thailand

August 20, 2025

Rabu, 26 Safar 1447 / 20 Ogos 2025 – Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dengan BNH Medical Centre Ltd. of Thailand dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan BNH Medical Centre Ltd. of Thailand telah diadakan pada hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat untuk menyaksikan penandatanganan MoU tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Azmi bin Haji Tapau, Ketua Guru Ugama, Jabatan Perkhidmatan Renal.

 

Penandatanganan MoU bagi pihak Kementerian Kesihatan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr. Hjh Rafidah binti Hj Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dan disaksikan oleh Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan.

 

Bagi pihak BNH Medical Centre Ltd., MoU telah ditandatangani oleh Yang Mulia Dr. Nopparat Panthongwiriyakul, Pengarah Hospital dan disaksikan oleh Mr. Thanasit Siripokhakul, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam.

 

Sementara itu, bagi pihak JPMC, MoU telah ditandatangani oleh Yang Mulia Dr. Meera Sahib Kabeer, Ketua Pegawai Perubatan dan disaksikan oleh Madam Bun Pei Ling, Ketua Pegawai Kewangan, JPMC. Pihak Medical Centre Ltd. turut diwakili oleh Yang Mulia Dr. Nopparat Panthongwiriyakul, disaksikan sekali lagi oleh Mr. Thanasit Siripokhakul.

 

Bidang-bidang kerjasama yang dipersetujui melalui MoU ini merangkumi pertukaran doktor, jururawat dan profesional perubatan; pelaksanaan program latihan dan seminar; projek-projek penyelidikan dan perkembangan; program pendidikan; serta lain-lain bidang yang bersesuaian termasuk penghantaran pesakit untuk menjalani rawatan di BNH Medical Centre Ltd.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan, JPMC, serta BNH Medical Centre Ltd. of Thailand.

-TAMAT-

Tarikh              : 26 Safar 1447 / 20 Ogos 2025

Rujukan            : KK/PR/3/1

Other News Highlights

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026

Rabu, 16 September 2026M / 4 Rabiulakhir 1448H – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 yang...

Health Product Found Adulterated

Monday, 14 September 2026 / 2 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to two (2)...

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X