Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penutup Pameran Dan Persidangan Antarabangsa Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

Majlis Penutup Pameran Dan Persidangan Antarabangsa Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

October 13, 2025

Ahad, 20 Rabiulakhir 1447H / 12 Oktober 2025M– Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, selepas lima hari penuh dengan pelbagai program bermanfaat, sesi ceramah interaktif, serta aktiviti yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD).

 

Hadir selaki Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusam), Kementerian Kesihatan.

 

Ucapan penutup telah disampaikan oleh Yang Mulia Pg Dr Nur Ashikin binti Pg Dato Paduka Haji Tengah, Penyelaras Bersama Jawatankuasa Program Saintifik, yang menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara para profesional kesihatan, institusi dan komuniti dalam menangani isu penyakit-penyakit tidak berjangkit serta memupuk kesejahteraan secara menyeluruh. Pameran dan Persidangan NCD 2025 menandakan kejayaan acara sulung yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Kesihatan, Jerudong Park Medical Centre (JPMC), dan Gleneagles JPMC.

 

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada tiga pembentangan poster terbaik dan tiga finalis pembentangan lisan terbaik, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan penyelidikan para peserta sepanjang persidangan ini.

 

Sejak dirasmikan pada 8 Oktober 2025, persidangan dan pameran tersebut telah menarik purata 3,000 hingga 4,000 pengunjung setiap hari, termasuk para profesional kesihatan, pelajar, keluarga, serta orang awam. Kehadiran yang menggalakkan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terhadap kesedaran kesihatan serta sokongan padu terhadap usaha berterusan negara dalam menangani NCD melalui pencegahan, pendidikan, dan pengesanan awal; dengan fokus kepada tema “Menghubungkan Penjagaan Kesihatan dan Komuniti”.

 

Sepanjang lima hari penganjuran, para peserta telah menikmati pelbagai aktiviti termasuk ceramah kesihatan oleh pakar, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti kesejahteraan interaktif, serta pameran daripada lebih 40 organisasi tempatan dan antarabangsa. Acara ini turut menampilkan lebih 150 orang penceramah daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi kesihatan, serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Kejayaan Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD 2025 ini mencerminkan kerjasama erat antara penganjur, rakan kongsi, dan penaja dalam memperkukuh kolaborasi kesihatan di Brunei dan peringkat antarabangsa. Ia juga menegaskan komitmen negara untuk terus memperkukuh perkongsian rentas sektor dalam menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit.

 

Menjelang penutup acara ini, para penganjur turut menyatakan hasrat agar Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform tahunan bagi perkongsian ilmu, pembinaan kerjasama, dan galakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

 

Orang awam digalakkan untuk terus menyokong usaha nasional dalam pencegahan penyakit tidak berjangkit dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, serta sentiasa peka terhadap kepentingan pengesanan awal.

 

– T A M A T –

 

Tarikh:           20 Rabiulakhir 1447H / 12 Oktober 2025

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Ahad, 02 Jamadilakhir 1447H / 23 November 2025 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Amaran Keselamatan Produk: Herba Hw Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak membeli atau mengambil produk herba, HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi susulan...

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search