Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan

May 2, 2026

Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Asas Kesihatan Mental Bagi Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah Binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat, dan diteruskan dengan penyerahan sijil – sijil latihan asas kesihatan mental kepada seramai 41 orang Perawat Islam (SKiPPA) Kementerian Kesihatan.

 

 Latihan asas ini dijalankan selama 11 minggu, dan telah selesai dilaksanakan pada tahun 2025. Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada ilmu berkaitan Kesihatan mental dan psikologi daripada perspektif Islam dan sains perubatan. Peserta turut diberikan pendedahan kepada Teknik-teknik kaunseling, pendekatan psikologi Islamik serta perbincangan mengenai rawatan holistic dan bersepadu. Latihan turut merangkumi penggunaan teori secara praktikal melalui sesi lakonan semula “role play”.

 

Latihan  ini juga merupakan sebahagian usaha berterusan Kementerian Kesihatan, khususnya Unit Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan, Perkhidmatan Psikologi, Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Psikiatri, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan.

 

Inisiatif ini juga adalah sejajar dengan menjunjung Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai keperluan menangani isu-isu Kesihatan mental secara bersepadu dari perspektif Islam dan sains.

 

Latihan ini turut menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Mental Negara Brunei Darussalam 2022 – 2025 yang khusus terkandung dalam Strategi 3 yang menekankan pengukuhan promosi kesihatan mental dan pencegahan penyakit kecelaruan mental dikalangan masyarakat.  Sepertimana kursus – kursus sebelumnya, kursus latihan asas kesihatan mental untuk Perantis (Perawat Islam), Kementerian Kesihatan ini juga mengekalkan pendekatan “Whole-of-Government”, dimana perlaksanaan kursus ini juga telah disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) khususnya dari segi pengisian kursus yang telah diberikan oleh pegawai – pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah.

 

Inisiatif ini Adalah selaras dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan emosi dan mental dari sudut pandangan islam dan sains. Disamping itu, ianya juga diharapkan akan dapat meningkatkan kefahaman dan literasi kesihatan mental di kalangan masyarakat serta mengurangkan stigma dan persepsi negatif terhadap isu – isu berkaitan kesihatan mental.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Pg Mohammad Khiruddin bin Pg Hj Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

– TAMAT –

 

Tarikh:           14 Zulkaedah 1447H / 02 Mei 2026

Rujukan:        KK/JDP/ PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X