Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun

July 29, 2026

Selasa, 13 Safar 1448H / 28 Julai 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa, Jepun hari ini mengadakan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding – MOU) yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Dokumen MOU berkenaan telah ditandatangani terlebih dahulu oleh Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Dr. Akira Nishiyama, Dekan, Fakulti Perubatan, bagi pihak Universiti Kagawa, Jepun.

 

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah tetamu kehormat, Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, serta Tuan Yang Terutama Kikuta Yutaka, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.

 

MOU ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan institusi dan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Fakulti Perubatan, Universiti Kagawa dalam bidang kesihatan, pendidikan perubatan, penyelidikan dan pertukaran profesional. Kerjasama ini diharapkan kedua-dua pihak dapat merancang dan melaksanakan program bersama yang saling memberi manfaat, termasuk memperluas peluang pendidikan dan latihan, memajukan penyelidikan kolaboratif, menggalakkan perkongsian amalan terbaik serta memperkukuh pembangunan kapasiti tenaga kerja kesihatan. Usaha ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan perubatan dan perkhidmatan kesihatan bagi manfaat kedua-dua pihak.

 

Melalui MOU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk menorka dan melaksanakan kerjasama dalam bidang-bidang berikut:

  • Pertukaran ahli fakulti dan penyelidik;
  • Pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah;
  • Pendidikan profesional berterusan;
  • Pertukaran pelajar;
  • Latihan klinikal;
  • Kerjasama penyelidikan;
  • Pertukaran pengetahuan dan kepakaran; dan
  • Aktiviti kerjasama lain yang dipersetujui bersama.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pg Dr. Haji Md Khalifah bin Pg. Haji Ismalil, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan; pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan warga Kementerian Kesihatan.

 

Bagi pihak Jepun, turut hadir ialah wakil-wakil Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam serta delegasi Universiti Kagawa yang diketuai oleh Profesor Kenji Wada, Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kagawa, bersama pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli fakulti universiti berkenaan.

-TAMAT-

Rujukan: KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X