Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025

Majlis Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025

October 18, 2025

Rabu, 23 Rabiulakhir 1447H bersamaan 15 Oktober 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025 di Ruang Lobi Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis ini dianjurkan oleh Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong.

 

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia (World Patient Safety Day) disambut setiap tahun pada 17 September.  Kempen global ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, menggerakkan tindakan, dan mengurangkan bahaya yang boleh dielakkan dalam penjagaan kesihatan.

 

Tema tahun ini ialah “Penjagaan yang Selamat untuk Setiap Anak Damit yang Baru Lahir dan Setiap Kanak-kanak”, dengan slogan “Keselamatan Pesakit Bermula dari Awal”, memfokuskan pada memastikan penjagaan yang selamat, sesuai dan individu untuk anak damit lahir dan kanak-kanak kecil (dari lahir hingga sembilan tahun), yang menghadapi risiko yang lebih tinggi disebabkan oleh perkembangan pesat mereka, keperluan kesihatan yang berkembang dan corak penyakit yang berbeza.

 

Slogan ini menyeru semua pihak — termasuk pekerja kesihatan, penggubal dasar, ibu bapa dan masyarakat — untuk bersama memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran yang lebih selamat bagi semua. Ia bukan hanya tanggungjawab hospital atau klinik semata-mata, tetapi merupakan gerakan kolektif yang mencerminkan komitmen global dan tindakan bersepadu bagi menghapuskan bahaya yang boleh dicegah serta memastikan setiap kanak-kanak mendapat permulaan hidup yang sihat dan selamat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham Bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syujaie bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr Hj Fakhruddin bin Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Hj Awang Salim, Penguasa Perubatan selaku Ketua Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit Hospital PIHM, Temburong.

 

Menteri Kesihatan seterusnya merasmikan dan melancarkan sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025. Antara aktiviti yang diadakan ialah meyaksikan tayangan video Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025, Pemeran Hari Keselamatan Pesakit, Kuiz dan petak-petak jualan bagi memeriahkan lagi acara.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

-TAMAT-

Tarikh             : 23 Rabiulakhir 1447H / 15 Oktober 2025M

Rujukan           : KK/PR 3/1

Other News Highlights

Sesi Taklimat Kerjaya Penjagaan Kesihatan Kepada Pemimpin Sekolah Dan Guru Kerjaya

Sabtu, 26 Syaaban 1447H / 14 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan sesi taklimat...

Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang bersara pada tahun 2024

Khamis, 24 Syaaban 1447H / 12 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penghargaan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Yang Bersara pada Tahun 2024...

Brunei Darussalam Convenes One Health Workshop To Prioritise Zoonotic Diseases And Strengthen Multisectoral Preparedness

Tuesday, 15 Syaaban 1447H / 5 February 2026 – The Ministry of Health, through the Department of Environmental Health Services is convening the One...

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search