Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

June 24, 2026

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan Bithah Haji Perubatan dan Jemaah Haji Kementerian Kesihatan bagi Musim Haji 1447H pada hari ini bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Majlis pada pagi ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan dan mengalu-alukan kepulangan para jemaah haji yang telah selamat menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci, di samping melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas kesempatan dan kemampuan yang telah dikurniakan kepada mereka untuk menyempurnakan ibadah haji. Majlis ini juga merupakan wadah untuk memohon keberkatan agar segala ibadah yang telah dilaksanakan diterima sebagai haji mabrur serta sebagai tanda penghargaan kepada anggota Bi’thah Perubatan yang telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dalam memberikan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan kepada para jemaah haji sepanjang musim haji. Di samping itu, majlis ini turut memperingati kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1448H sebagai peluang untuk bermuhasabah diri, memperbaharui azam serta mengambil iktibar daripada semangat hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan teladan dalam kehidupan seharian.

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang bertajuk “Haji Mabrur, Hijrah Berterusan: Menyuburkan Ihsan dalam Perkhidmatan Kesihatan”.

 

Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban bagi menyambut Kepulangan Bithah Haji Perubatan yang terdiri daripada 20 orang Pegawai Perubatan dan jururawat serta seramai 35 orang Jemaah Haji warga Kementerian Kesihatan. Ketua Rombongan Bi’thah Perubatan Haji bagi Musim Haji 1447H / 2026M ialah Yang Mulia Dr Haji Muhammad Nurhassanudddin bin Abdullah Kelali. Bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan disempurnakan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

– T A M A T –

 

Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2026 bagi Daerah Belait

Sabtu, 18 Muharram 1448H / 4 Julai 2026 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2025...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Selasa, 14 Muharram 1448H / 30 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti...

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun

Sabtu, 11 Muharram 1448H / 27 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingkat Kerja Lama (PKL) Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli...

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 Dan Doa Selamat Kepulangan Bithah Haji Perubatan & Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Bagi Musim Haji 1447H

Rabu, 08 Muharram 1448H / 24 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Rombongan...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman...

Kementerian Kesihatan dan Dst Managed Services Sdn Bhd (DMS) Menandatangani Perjanjian Penyediaan Tenaga Kerja Bagi Health, Safety And Environment (HSE) Unit Di Bawah Kementerian Kesihatan

Rabu, 23 Zulhijjah 1447H / 09 Jun 2026M – Kementerian Kesihatan dan DST Managed Services Sdn Bhd (DMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian bagi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X