Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1446H/2025M

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1446H/2025M

March 22, 2025

Sabtu, 21 Ramadhan 1446H Bersamaan 22 Mac 2025M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis tersebut diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Majlis ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Renal.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pemangku Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Ak Ahmad Fathurrahman Nur Firdaus bin Pg Haji Hassanuddin, Juara Qari Pertandingan Bacaan Al-Quran Kementerian Kesihatan. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Tetamu Kehormat Majlis dan diikuti dengan Bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai yang di pimpin oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syujaie bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan juga Bacaan Doa Khatam Al-Quran oleh Yang Mulia Ustaz Hj Mohammad Azmi bin Hj Tapau, Ketua Guru Ugama, Jabatan Perkhidmatan Renal kemudian diikuti dengan laungan Dikir Marhaban.

 

Seterusnya, penyampaian derma kepada 34 orang anak yatim disempurnakan oleh Yang Berhormat Tetamu Kehormat Majlis. Penerima-penerima derma terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Di majlis ini, Yang Berhormat Pemangku Menteri Kesihatan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Kementerian Kesihatan dan Cenderahati kepada Hakim Pertandingan. Majlis diakhiri dengan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Mohammad Azmi bin Hj Tapau, Ketua Guru Ugama, Jabatan Perkhidmatan Renal.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Yang Mulia Pg Dr Haji Md Khalifah bin Pg Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan;  Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

– T A M A T –

 

Tarikh:           21 Ramadhan 1446H / 22 Mac 2025M

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447H Bersamaan 10 Mac 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim...

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertahlil Dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 05 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Hari Khamis, 15 Ramadhan 1447H / 05 Mac 2026M– Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search