Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi

June 6, 2025

Isnin, 06 Zulhijjah 1446H / 02 Jun 2025 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi. Majlis diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan selaku Pemangku Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Bacaan Surah Yasin beramai-ramai. Doa Kesyukuran Khas sempena Sambutan 25 Tahun Desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi telah dipindahkan atau ‘decentralised’ dari hospital-hospital ke pusat-pusat dan klinik-klinik kesihatan bermula pada 1 Jun 2000. Dan pada tahun ini, genap 25 tahun desentralisasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Yang Mulia Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 -T A M A T –

Tarikh:           06 Zulhijjah 1446H / 02 Jun 2025M

Rujukan:         KK/PR/3/1

Other News Highlights

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search