Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

October 18, 2025

Khamis, 24 Rabiulakhir 1447H bersamaan 16 Oktober 2025M – Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap tahun pada 10 Oktober merupakan inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dan kesejahteraan emosi. Dalam persekitaran hospital, aspek kesihatan mental amat penting kerana para pesakit dan petugas kesihatan sering berhadapan dengan tekanan fizikal, emosi dan psikologi. Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 bertempat di Bangunan National Isolation Centre Extension (NICe), Hospital PMMPMHAMB Tutong pagi tadi. Sambutan tahun ini membawa tema “Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental Ketika Menghadapi Musibah dan Kecemasan”, selaras dengan tema global bagi tahun 2025.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Awangku Muhammad Hafiz bin Pengiran Haji Rusnan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II (SkiPPA Keugamaan), diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Siti Hasrainah binti Haji Md Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I, Hospital PMMPMHAMB Tutong.

 

Sebagai pengisian utama majlis, satu forum bertajuk “Kesedaran Kesihatan Mental dalam Perspektif Perubatan dan Islam” telah diadakan yang mengetengahkan kepentingan keseimbangan antara kesihatan fizikal, mental dan spiritual dalam menghadapi tekanan hidup. Forum tersebut menampilkan tiga ahli panel jemputan, iaitu dua orang daripada Pusat Dakwah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Yusri bin Haji Abdul Majid dan Yang Mulia Ustaz Awang Abdul Khaliq bin Awak serta Yang Mulia Pengiran Dr. Hajah Fariza Suryani binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Ketua Perkhidmatan Psikiatri, Kementerian Kesihatan. Moderator forum ialah Ustazah Hajah Nur Hazimah binti Haji Mohd Yassin, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II (SkiPPA Keugamaan).

 

Para peserta juga berpeluang menyaksikan pameran Hari Kesihatan Mental Sedunia yang memaparkan maklumat dan sumber sokongan berkaitan kesihatan mental serta perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

 

Dari perspektif Islam, kesejahteraan mental merupakan sebahagian daripada kesihatan menyeluruh. Islam menekankan keseimbangan hidup, ketabahan (sabr), dan tawakkal kepada Allah SWT serta keperluan mendapatkan bantuan ketika menghadapi tekanan.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga hospital tentang kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.
  2. Memahami kesihatan mental sebagai sebahagian daripada kesihatan rohani yang dituntut dalam Islam.
  3. Mengurangkan stigma terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui pendidikan dan pendekatan berempati.
  4. Menyediakan platform sokongan rohani dan psikososial kepada kakitangan dan pesakit melalui forum, ceramah dan aktiviti interaktif.
  5. Mendorong amalan penjagaan diri dan keseimbangan hidup di kalangan warga hospital.
  6. Meningkatkan kesedaran spiritual dengan menerapkan nilai-nilai Islam seperti sabar, tawakal dan ukhuwah dalam menangani cabaran emosi dan mental.

 

Kementerian Kesihatan mengiktiraf kepentingan kesihatan mental sebagai salah satu komponen utama dalam kesejahteraan hidup yang menyeluruh. Inisiatif seperti sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia ini diharap dapat memperkukuhkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan individu untuk mendapatkan sokongan dan bantuan apabila diperlukan.

 

Turut hadir ialah jemputan-jemputan khas iaitu Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif bagi ketiga-tiga Daerah, Ketua-ketua Cawangan Daerah Tutong, Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tutong dan Pegawai serta Kakitangan Hospital PMMPMHAMB Tutong.

-TAMAT-

Tarikh             : 24 Rabiulakhir 1447H / 16 Oktober 2025M

Rujukan           : KK/PR3/1

 

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X