Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

September 12, 2026

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada 09 sehingga 11 September 2026. Mewakili Negara Brunei Darussalam di mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam dan disertai oleh Yang Mulia Awang Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 telahpun diadakan pada 10 September 2026 dan didahului dengan satu sidang retreat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN yang membawa tajuk “Breaking Silos, Building Synergies: A Strategic Retreat on Navigating ASEAN’s Dual Burden of Communicable and Non-Communicable Diseases” pada 9 September 2026. Pada sidang retreat itu, Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN telah membincangkan mengenai membina sinergi secara terbuka dalam menangani beban penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, serta bertukar-tukar maklumat mengenai pencapaian serta cabaran-cabaran yang dialami di rantau ASEAN semasa kebelakangan ini, dan seterusnya memberi rekomendasi serta hala tuju bagi sektor komitmen-komitmen kesihatan secara untuk berkesan, melaksanakan khususnya dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan secara besepadu di peringkat nasional dan serantau. Sidang retreat tersebut telahpun diikuti dengan sesi Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN mengenai ASEAN Center on Public Health Emergencies and Emerging Diseases (ACPHEED), dengan tajuk “ACPHEED: Recognising and overcoming setbacks in the region’s development trajectory on PPR strengthening”. Di Sesi Mesyuarat tersebut, Negara Brunei Darussalam telahpun menyokong bagi penyelesaian mana-mana isu dan pemuktamadan serta penandatanganan Establishment Agreement bagi ACPHEED, dengan sokongan dan bantuan teknikal dari Mesyuarat Pegawai Kanan Kesihatan (SOMHD) dan Sekretariat ASEAN.

 

Dengan tema “ASEAN yang Sihat: Bersama Ke Arah Sistem Kesihatan yang Saksama dan Sedia untuk Masa Hadapan (Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems)”. Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 ini telahpun menumpukan topik perbincangan kepada ‘Mensinergikan sistem kesihatan untuk Daya Tahan, Kesejahteraan dan Keselamatan Kesihatan’ (Synergizing health systems for Resilience, Well-Being and Health Security).

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam kenyataannya telah menyatakan sokongan terhadap Agenda Strategik Kesihatan ASEAN (ASHA) 2026–2030 yang telah dilancarkan pada sesi upacara pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN kali ke 17, yang dapat memberi peluang bagi Negara-Negara Ahli ASEAN untuk berkerjasama serta memupuk ASEAN menjadi rantau yang berdaya tahan dalam menjaga kesihatan serta kesejahteraan penduduknya, dan menyeru agar ASEAN akan dapat menterjemahkan komitmen berkenaan kepada pelaksanaan yang berkesan serta menghasilkan peningkatan kesihatan yang nyata dan boleh diukur.

 

Dalam menyokong ASHA tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menyentuh mengenai beberapa keutamaan iaitu termasuk memperkukuh daya tahan sistem kesihatan melalui pendekatan One Health serta mengalu-alukan kerjasama serantau dalam sama-sama menangani keselamatan kesihatan dengan pengoperasian ACPHEED. Di samping itu, ASEAN juga perlu bersedia untuk menangani peralihan demografi, dengan melihatnya bukan hanya sebagai cabaran kesihatan malahan sebagai cabaran masyarakat dan fiskal jangka-panjang, dengan mengambil penekanan terhadap langkah pencegahan, penuaan sihat, intervensi awal serta pengurusan penyakit kronik yang disokong oleh kesihatan digital.

 

Selain itu, kerjasama dengan rakan kongsi pembangunan dan dialog secara terkoordinasi juga perlu terus diperkukuhkan dengan diterajui oleh ASEAN selaras dengan keutamaan ASHA. Brunei Darussalam berpandangan bahawa kejayaan ASHA 2026–2030 hendaklah diukur bukan sahaja melalui pelaksanaan inisiatif bersama, tetapi juga berdasarkan sejauh mana ia dapat memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sihat serta sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

 

Pada Mesyuarat tersebut, Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN juga telah bersepakat untuk meluluskan Kenyataan Bersama (Joint Statement) yang mengetengahkan persetujuan-persetujuan di dalam bidang kerjasama kesihatan ASEAN. Semasa mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 ini juga, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengadakan mesyuarat sampingan tidak rasmi bersama Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN dalam mempertingkatkan kerjasama di antara WHO dan ASEAN khususnya dari segi kesihatan dan kesejahteraan.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah menghadiri satu sesi sampingan berkenaan dengan Pelaksanaan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Merentas ASEAN yang mana Malaysia adalah salah satu negara yang mengetuai resolusi mengenai kesihatan paru paru, di mana Negara Brunei Darussalam adalah negara cosponsor, dan yang telahpun diluluskan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke 78. Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 telahpun disusuli dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Plus Three Kali Ke-11 (11th ASEAN Plus Three Health Ministers Meeting), Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN dan Republik Rakyat China Kali Ke-10 (10th ASEAN China Health Ministers Meeting), Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan ASEAN dan Republik Korea Kali Ketiga (3rd ASEAN Republic of Korea Health Ministers Meeting), Mesyuarat Kali Pertama Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN dengan Amerika Syarikat (1st ASEAN-U.S. Health Ministerial Meeting) dan Mesyuarat Kali Pertama Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN-Jepun (1st ASEAN-Japan Health Ministerial Meeting). Di setiap mesyuarat tersebut, menteri-menteri kesihatan juga telahpun bersetuju untuk mengeluarkan Kenyataan Bersama (Joint Statement) yang menghuraikan persetujuan-persetujuan berdasarkan bidang kerjasama (areas of cooperation) kesihatan masing-masing.

 

Semasa berada di Kuala Lumpur, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar telah berkesempatan mengadakan perbincangan dua hala bersama Yang Berhormat Budi Gunadi Sadikin, Menteri Kesihatan Republik Indonesia dan Yang Berhormat Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Singapura bagi membincangkan serta bertukar pandangan mengenai perkembangan sektor kesihatan di Negara masing-masing serta meninjau bagi perlaksanaan kerjasama dalam bidang kesihatan antara kedua buah negara.

 

– T A M A T –

Bertarikh: 06 Safar 1446H / 11 Ogos 2024

Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X