Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

January 12, 2026

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat berterusan yang menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan. Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai, khususnya mereka tinggal di kawasan yang terjejas dan dilanda banjir, agar sentiasa mengambil langkah-langkah berwaspasa bagi mencegah sebarang kemalangan, kecederaan serta risiko penularan penyakit berjangkit.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap penyakit-penyakit berjangkit bawaan makanan dan air seperti kolera, cirit-birit dan keracunan makanan serta penyakit-penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan sebagainya.

 

Antara langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang perlu diambil semasa dan selepas berlakunya banjir adalah seperti berikut:

  • Memastikan bekalan air yang digunakan adalah bersih dan tidak tercemar;
  • Memastikan air berbotol atau memastikan air selamat diminum dan dimasak terlebih dahulu;
  • Memasak semua makanan dengan sempurna sebelum dimakan;
  • Mengutamakan kebersihan diri, khususnya membasuh tangan dengan air bersih dan sabun sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan sekiranya terdedah kepada air banjir;
  • Menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal serta kawasan berdekatan dan tidak membuang sampah merata-rata, memastikan tidak ada takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk serta memastikan saliran air tidak tersumbat oleh sampah, lumpur dan dahan-dahan pokok;
  • Segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala-gejala penyakit seperti demam panas, sakit perut, cirit-birit, muntah dan lain-lain;
  • Mengutamakan keselamatan kanak-kanak dengan memastikan mereka tidak terdedah kepada air banjir bagi mengelakkan risiko lemas, kecederaan serta jangkitan penyakit;
  • Mengelakkan daripada memasuki bilik atau ruang yang ditenggelami air jika masih ada bekalan elektrik dan mengelakkan daripada menyentuh mana-mana kabel atau wayar eletrik yang jatuh berdekatan atau kedalam air banjir;
  • Bagi mereka yang mempunyai luka-luka dan penyakit kulit ataupun yang mempunyai masalah kesihatan kronik, terutama sekali kencing manis adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada terkena air banjir kerana air banjir yang kotor boleh menyebabkan jangkitan. Walaubagaimanapun, jika mengalami kecederaan kecil yang terdedah kepada air banjir, adalah dinasihatkan supaya memastikan luka-luka tersebut dibersihkan dan mendapatkan rawatan perubatan; dan
  • Bagi pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kronik, hendaklah memastikan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi dan jika kekurangan bekalan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan ubat dari hospital atau pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang maklum balas, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

– TAMAT –

  Rujukan           : KK/JDP/ PR

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X