Khamis, 18 Jamadilawal 1448H bersamaan 29 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Mini Pameran Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Hajah Siti Hasrainah binti Haji Mohd Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I, Hospital PMMPMHAMB, Tutong.
Majlis Mini Pemeran ini dimulakan dengan perasmian pameran oleh tetamu Kehormat dan seterusnya menyaksikan pameran-pameran yang disediakan oleh Unit Psikiatrik, Hospital PMMPMHAMB Tutong.
Obketif & tujuan utama penganjuran mini pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental, mengurangkan stigma dalam komuniti dan membina persekitaran Hospital yang menyokong kesejateraan emosi.
Mesej utama yang ingin disampaikan kepada orang ramai melalui pameran ini ialah untuk memaksimumkan penglibatan (engagement) orang ramai melalui 3 pendekatan:
- Pendidikan Edukatif: Menyababkan maklumat sahih berkenaan kesihatan mental.
- Interaktif digital & fizikal: Menggalakkan penyertaan aktif berbanding paparan pasif.
- Advokasi visual: Memberi ruang kepada pelawat untuk menunjukkan sokongan moral secara terbuka.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

-TAMAT-
Rujukan: KK/PR/3/1