Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Pelaksanaan Pusingan Kedua Transmission Assessment Survey (TAS-2) Di Sekolah-Sekolah Rendah Di Negara Brunei Darussalam 2025

Pelaksanaan Pusingan Kedua Transmission Assessment Survey (TAS-2) Di Sekolah-Sekolah Rendah Di Negara Brunei Darussalam 2025

May 19, 2025

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pusingan kedua  Transmission Assessment Survey (TAS-2) atau Kajiselidik Penilaian Penularan sebagai salah satu inisiatif Program Penghapusan Filariasis Limfatik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Inisiatif TAS-2 ini dilaksanakan atas saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Negara Brunei Darussalam sebagai susulan pelaksanaan kajiselidik Pusingan Pertama yang telah selesai dijalankan pada tahun 2016. Perlaksanaan TAS-2 akan bermula pada 19 Mei 2025 di sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negara.

 

Program Penghapusan Filariasis Limfatik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dilancarkan untuk menyokong komitmen global bagi Penghapusan jangkitan Filariasis Limfatik sebagai masalah kesihatan awam melalui aktiviti pemberian ubat Mass Drug Administration (MDA) di kawasan-kawasan endemik bagi penyakit Filariasis Limfatik.

 

Penyakit Filariasis Limfatik (LF) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Untut ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang disebabkan oleh cacing filaria. Di antara komplikasi jangkitan penyakit ini termasuk lymphoedema (bengkak pada anggota badan) dan hydrocele (bengkak di bahagian skrotum) yang boleh membawa kepada kecacatan teruk dan ketidakupayaan kekal. Ini akan memberikan kesan besar kepada kesihatan individu yang terjejas.

 

Transmission Assessment Survey (TAS) ialah satu kaedah untuk menilai sama ada Program Penghapusan Filariasis Limfatik Kebangsaan telah berjaya menyekat penularan penyakit ini di Negara Brunei Darussalam. Ianya dijalankan ke atas murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 di mana sedikit sampel darah akan diambil dan diuji menggunakan peralatan khas Brugia Rapid Test.

 

TAS-2 akan dijalankan ke atas kanak-kanak di dalam lingkungan umur ini kerana mereka lahir selepas pusingan terakhir MDA dibuat. Jika MDA yang dibuat sebelum ini berjaya, kanak-kanak dalam lingkungan umur ini sepatutnya bebas daripada jangkitan. Oleh itu, jika ada yang didapati positif, ini menunjukkan bahawa penularan penyakit masih lagi berlaku di dalam komuniti.

 

Pemilihan sekolah dan pelajar adalah dilakukan secara rambang berdasarkan kaedah statistik yang ditetapkan oleh WHO. Prosedur TAS adalah cepat dan selamat. Ianya akan dilakukan oleh petugas kesihatan yang terlatih. Sedikit sampel darah akan diambil dari hujung jari (finger prick) sama seperti kaedah yang digunakan untuk pemeriksaan paras gula dalam darah. Keputusan ujian akan diketahui dalam masa 20 hingga 30 minit.

 

Kementerian Kesihatan menyeru kepada ibu bapa dan penjaga serta masyarakat amnya untuk memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kejayaan pelaksanaan kajiselidik dan program ini.

 

Dengan sokongan semua pihak, Negara Brunei Darussalam berpeluang untuk diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara bebas daripada penyakit Filariasis Limfatik. Ianya akan menjadi salah satu pencapaian besar dalam bidang kesihatan awam negara.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai TAS dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan di https://moh.gov.bn/resources/  atau mengikuti akaun Instagram “@mohbrunei”. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Darussalam di 123.

 

– T A M A T –

 

Tarikh :         20 Zulkaedah 1445H / 18 Mei 2025

Ruj.    :         KK/PR/3/1

Other News Highlights

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Nasihat Kesihatan Semasa Banjir

Isnin, 22 Rejab 1447H bersamaan 12 Januari 2026 – Berikutan dengan keadaan cuaca yang sangat aktif melanda Negara pada masa ini, termasuk hujan lebat...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan...

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search