Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia Dalam Bidang Kerjasama Kesihatan

June 22, 2026

Sabtu, 04 Muharram 1448H / 20 Jun 2026 –  Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding – MOU) dalam bidang kerjasama kesihatan dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan, The Empire Brunei.

 

Memorandum Persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Budi Gunadi Sadikin, Menteri Kesihatan Republik Indonesia bagi pihak Kerajaan Republik Indonesia.

 

Penandatangan MOU ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia khususnya dalam bidang kesihatan. MOU ini juga membaharui kerjasama rasmi dalam bidang kesihatan antara kedua-dua negara serta menyediakan rangka kerja yang lebih komprehensif bagi memperluaskan kerjasama strategik pada masa hadapan.

 

Melalui MOU ini, kedua-dua negara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang keutamaan yang dikenalpasti seperti berikut:

  • Penjagaan Kesihatan Asasi;
  • Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan;
  • Daya Tahan Kesihatan;
  • Sistem Pembiayaan Kesihatan;
  • Sumber-sumber Tenaga Manusia untuk Kesihatan; dan
  • Teknologi Kesihatan.

 

MOU ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua negara untuk terus memperkukuh sistem kesihatan masing-masing melalui kerjasama yang saling memberi manfaat di samping menyokong usaha serantau dan global dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

 

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

Bagi pihak Republik Indonesia, turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Profesor Dr Achmad Ubaedillah, Duta Besar Istemwa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Yuli Farianti, Timbalan Menteri / Ketua Pengarah Tenaga Kerja Kesihatan, Yang Mulia Martha M.L. Siahaan, Presiden Pengarah Hospital Surabaya, Yang Mulia Harditya Suryawanto, Pengarah Pusat Strategi Kesihatan Global dan Dasar Tadbir Urus dan Yang Mulia Palmy Meliala, Pembantu Eksekutif kepada Menteri Kesihatan.

-TAMAT-

 

Rujukan: KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X