Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Pengenalan Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV) Dalam Program Perluasan Imunisasi Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Pengenalan Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV) Dalam Program Perluasan Imunisasi Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

February 10, 2025

1. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan mengenai tambahan Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV) ke dalam Program Perluasan Imunisasi Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, yang bermula pada 1 Februari 2025. Tambahan ini adalah salah satu komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melindungi anak damit dan kanak-kanak daripada penyakit Pneumokokal. Dengan penambahan vaksin ini, kini terdapat 12 jenis produk vaksin dalam Program Perluasan Imunisasi Kebangsaan untuk mencegah 12 penyakit cegahan vaksin  (vaccine preventable diseases).

2. Pengenalan PCV dalam Program Perluasan Imunisasi Kebangsaan adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan pneumokokal di kalangan kanak-kanak. Ini menekankan komitmen kerajaan untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara ini daripada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, serta menyokong visi negara untuk masa depan yang lebih sihat.

3. PCV adalah vaksin yang boleh melindungi daripada jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae. Jangkitan pneumokokus merupakan salah satu penyebab utama kepada penyakit serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia), keradangan otak (meningitis), dan jangkitan dalam aliran darah (septicaemia), terutamanya dalam kalangan kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun.

4. Vaksinasi yang di bawah Program Perluasan Imunisasi Kebangsaan, akan diberikan secara percuma untuk semua anak damit dan kanak-kanak yang yang menetap di negara ini di semua Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di bawah Kementerian Kesihatan. Vaksin ini akan diberikan mengikut jadual tiga dos, pada usia 2 bulan, 4 bulan, dan 12 bulan sebagai sebahagian daripada jadual imunisasi rutin.

5. Program imunisasi susulan (catch-up) bagi PCV juga akan dilaksanakan mulai Februari 2025, khusus untuk anak damit dan kanak-kanak yang lahir dari Februari 2023 hingga Januari 2025. Ibu bapa bagi anak damit dan kanak-kanak dari kumpulan kelahiran ini akan dihubungi oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak masing-masing untuk mendapatkan vaksinasi PCV bagi anak mereka.

6. Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Kementerian Kesihatan di +673 2380485, e-mel ke corp.comms@moh.gov.bn, atau Talian Darussalam 123.

-TAMAT

Rujukan : KK/PR/1
Tarikh : 04 Februari 2024M / 05 Sya’ban 1446H

 

Other News Highlights

Sesi Taklimat Kerjaya Penjagaan Kesihatan Kepada Pemimpin Sekolah Dan Guru Kerjaya

Sabtu, 26 Syaaban 1447H / 14 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan sesi taklimat...

Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang bersara pada tahun 2024

Khamis, 24 Syaaban 1447H / 12 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penghargaan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Yang Bersara pada Tahun 2024...

Brunei Darussalam Convenes One Health Workshop To Prioritise Zoonotic Diseases And Strengthen Multisectoral Preparedness

Tuesday, 15 Syaaban 1447H / 5 February 2026 – The Ministry of Health, through the Department of Environmental Health Services is convening the One...

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search